Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Ahad, 6 Februari 2011

Pengenalan kepada Aqidah
Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.
Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...."
(Surah Yusuf : 40)
Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-163)
Peranan Aqidah
Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir- anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh
diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya."
(Surah al-An-Am:102)
Kepentingan Memelihara Aqidah
Aqidah seseorang perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga
aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :
Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis
Rasulullah menyebut yang bermaksud : Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap
akan masuk syurga.”
(Ali-Imran, 102)
Antara Perkara – Perkara Yang Merosakkan Aqidah
1.Menyekutukan Allah (Syirik)
2. Menenung nasib dan bermain sihir (Amalan – amalan khurafat)
3.Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib pada makhluk)
4. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak
mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
5. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada
sistem Islam.6. Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
7. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
10. Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan