Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Rabu, 15 Februari 2012

Persatuan Pelajar Pondok Tauhid bersama raikan Majlis Maulidur Rasul SAW , yang berlangsung di rumah Ustaz Nordin Singapura di Johor



Alhamdulillah , Maulid anjuran Ustaz Nordin Singapura di kediaman baru beliau di Johor sangat-sangat meriah dan merasai penghayatan yang luar biasa bagi Al Fakir kerana majlis mulia ini berjaya menggumpulkan ramai ulama tua diantaranya Syeikh Toyib Al Makki Umur 96 , Habib Abdullah bin Alwi umur 88 , Habib Abbas Singapura umur 86 , Habib Sh Ratas dan ramai lagi ulama dalam satu majlis , Majlis beliau ringkas penuh ringkas , Tawaduq , penuh adab dan sangat terasa penghayatan bagi setiap yang hadir 




Habib Abdullah bin Alwi berusia 88, Selaku imam solat jenazah Habib Ali Batu Pahat merupakan tamu khas Ustaz Nordin di Majlis Mulia ini . Habib sedang bagi nasihat khusus kepada pelajar Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah . Nasihat yang sangat bermakna menekankan soal hati . 


Selawat memuji Rasulullah SAW di sepanjang pogram maulid di Rumah Ustaz Nordin .


Habib Abbas Singapura berusia 86 sedang membaca doa penutup majlis . 






Doa dari ulama sentiasa tidak putus putus atas permintaan hadirin yang hadir . 
Al Fakir yang hina menumpang kenangan bersama ulama mulia , permata yang mahal yang masih tinggal sekarang , moga Allah selamatkan mereka dan kita semua ameen . Moga kita tergolong dalam golongan yang ikhlas seperti mereka ameen 

Maulid Hari ke 2 di Johor bersama Ulama Tua .....
Subahanallah , Alhamdulillah atas nikmat yang terlalu indah ini buat diri al fakir dan sahabat Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah .
Terima Kasih kepada USTAZ NORDIN SINGAPURA dan Murid beliau yang sanggup menjemput kami sebagai pengirin Syeikh Toyib Al Makki ke rumah beliau kini di Johor . Moga Allah satukan kita semua yang berada di Majlis Maulid ini di Akhirat bersama Anbia dan Ulama ameen Ya Rabb


Habib Abdullah 88, Syeikh Toyib 96 , Habib Salim 76 , Habib Umar Syatiri Singapura 63 dalam satu majlis . Masyallah , Alhamdulillah sangat syukur kerana Allah izinkan Al Fakir dan sahabat PPPT -Kedah besama dalam majlis Maulid di JOHOR kali ini ...

Habib Umar Syatiri Kuala Lumpur , berusia 63 

Kenangan di Johor
bersama Syeikh Toyib



Kenangan ketua PPPT bersama Syeikh Toyib di Johor

Hari Keberangkatan ke Kedah bersama Syeikh Toyib Al Makki

 Pernikahan Mohammad , murid kepada Ustaz Nordin dengan berwakilkan Syeikh Toyib Makkah
 Berbalas Nasihat , Syeikh Toyib dan Ustaz Nordin maenyampaikan Nasihat yang sangat bermakna untuk teruskan perjuangan . Insyallah saya akan taip segala nasihat untuk peringatan buat ana dan sahabat seperjuangan


TERIMA KASIH USTAZ NORDIN SINGAPURA . HANYA ALLAH MAMU MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN USTAZ PADA KAMI PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID -KEDAH .