Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Ahad, 10 Julai 2011

Himpunan video sehari di Bersih 2.0













Bersih 2.0: Terima kasih dan tahniah buat semua penyokong - Tuan Guru Haji Hadi Awang




Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini.

Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi. Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini muqadimah kepada kebangkitan rakyat, dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi ,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Meninggal dunia dalam perjuangan - Meninggal di medan Bersih 2.0

Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin

Harakahdaily   
(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir)
KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.
Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.
Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.
Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.
Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.
Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.
Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.
Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.
Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.
(Datuk Seri Anwar datang dengan leher berbalut selepas cedera semalam)
(Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Nizar juga hadir)
(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)
(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)
(Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di surau untuk solat jenazah)
LAGI GAMBAR MENYUSUL

Foto Himpunan BERSIH 2.0
























Foto kenangan Himpunan BERSIH 2.0

Kami berjaya mara hampir Stdium Merdeka , walaupun dihalang masuk oleh polis






Musimat yang terkena tembakkan gas pemedih mata 



Semangat, Dr Hatta Ramli 


Dihadapan KLCC

Berjaya Tawan medan KLCC

Hadapan medan KLCC

Sebahagian pimpinan yang terlepas dari tangkapan polis memberi ucapan 
diantara Dato Tn Ibrahim Tuan Man , Dr Hatta , Ust Nassarudin Tantawi , Ciku Bad dan pimpinan PKR yang lain 

Sahabat seperjuangan melahirkan rasa gembira dengan laungan Allahuakbar kerana himpunan berjaya dari segi sokongan rakyat 

Bersama Dato Tn Ibrahim Tuan Man
Bersama Ust Nik Abduh b Nik Aziz


Polis yang gagal mkenghalang rakyat dari berhimpun 

Pasukan Berkuda keluar sekitar jam 5 petang , setelah puluhan ribu rakyat berjaya berkumpul

Keletihan , seharian tidak makan , tetapi Alhamdulillah Masyallah masih bersemangat 

Ketua pemuda PAS Sik sebagai ketua rombongan 

Selain Tuan Guru Hj Hadi , Pak Teh Mahang wakil talqin tarekat syattariyah,ditahan polis semalam


Pak Teh Mad Isa Mahang , wali yang mashur sukar didekati oleh masyarakat turut ditangkap Polis semalam .
Allahuakbar sedih lihat , polis bertindak ganas semalam . Wanita, golongan tua , anak-anak kecil turut menjadi masa 




Ismail Omar ( Ketua Polis Negara) kata kehadiran Bersih 2.0 semalam hanya 5000 - 6000 orang sahaja ?


Najib , Hisyamuddin , Ketua Polis Negara Ismail Omar suka beri kenyataan yang bercanggah !
Ketua Polis Negara memberi kenyataan hanya 5000-6000 ribu sahaja yang hadir di rungan Malayiakini .

Polis seharusnya menunjuk tauladan yang baik buat rakyat .
Puluhan ribu yang hyadir semalam hanya ingin menuntut keadilan . Rakyat inging bersama pimpinan inging menyerah memorandem kepada YDP Agong .

Polis bertindak ganas pada rakyat . Kami faham polis menjalankan tugas , tetapi jangan bagi nampak polis bekerja untuk pertahankan UMNO /BN .

Polis bertindak ganas kepada rakyat semalam , saya sendiri terkena 3 kali tembakkan gas pemedih mata , ada sahabat saya hingga 8 kali terkena tembakkan gas pemedih mata . Kalau polis bertindak profesonal menjaga rakyat , sudah tentu perhimpunan Bewrsih 2.0 berjalan dengan sausana agak aman .
Sausana bertukar menjadi kecoh dengan tindakkan polis melepaskan tembakkan gas pemedih mata .

Mengapa polis istihar KL Darurat ?
Kenyataan yang menakutkan rakyat . Sedangkan semalam tidak ada harta awam yang rosak .
Polis yang buat kacau .

Rakyat sekarang sudah bangkit , rakyat ingin perubahan . Rakyat junjung perlembagaan , kami tidak buat huru hara , kami cinta kedamaiaan . Kami hanya hendak 8 tuntutan bersih sahaja .
Malaysia akan bersih andai 8 tuntutan yang kita minta ditunaikan .
Malaysia masih aman , rakyat cinat kedamainan , Melayu tidak berpecah

Yang tidak selamat UMNO yang berpecah UMNO, yang terancam UMNO , bukan Malaysia bukan Melayu
Himpunan Bersih 2.0
Kebangkitan Rakyat Malaysia !
Kami tidak ganas , kami hanya mahu keadilan .


Baharudin Ahmad wira Bersih

 Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid


Tn Guru baru pulang dari Makkah terus ziarah jenazah perjuang Bersih 


KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.
Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.
Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.
"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.
Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.
"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.
Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.
(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)
"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.
Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat it