Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Selasa, 8 Februari 2011

Fadhilat dan kelebihan Maulid
Al-Imam Ibnul Jauzi r.a. berkata:
“Antara kelebihannya adalah :
  • Keamanan sepanjang tahun
  • Akan tertunai segala hajat

Sultan Al-‘Arifin Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti r.a.
, di dalam kitabnya, Al-Wasa’il Fi Syarhi Asy-Syama’il berkata :
“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan Maulid Nabi S.A.W, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah.

Sesungguhnya, malaikat-malaikat
Al-Mutawwaqun bin-nur (Yang berkalungkan cahaya iaitu Jibril, Mika’il, Israfil, Qirba’il dan ‘Ina’il),
As-Soffun (Malaikat-malaikat yang berbaris-baris),
Al-Haffun (Malaikat-malaikat yang mengelilingi arasy), dan
Al-Kurubiyyun (Malaikat-malaikat yang menolong orang-orang kesusahan)
akan memohonkan keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi S.A.W

Rumah orang Islam yang dibacakan Maulid Nabi S.A.W di dalamnya akan dihindarkan oleh Allah daripada penghuninya:
  • kemarau
  • wabak (penyakit berjangkit)
  • kebakaran
  • penyakit
  • bala bencana
  • kebencian
  • kedengkian
  • pandangan mata yang jahat
  • dan kecurian
  • Jika dia meninggal, akan dimudahkan baginya untuk menjawab pertanyaan Munkar dan Nakir
  • Dan kelak, dia akan berada di tempat yang utama di Syurga, di sisi Allah, Maharaja yang maha berkuasa”

Rujukan : I’aanah At-Tolibin (Al-‘Allamah Al-Bakri Muhammad Syatha r.a.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan