Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Khamis, 7 Jun 2012

Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Bersama Majlis Daerah Kubang Pasu jayakan Majlis Ijtima Ulama Kedah


Majlis Ijtimak Ulama Kedah anjuran Majlis Daerah Kubang Pasu

Tahniah Majlis Daerah Kubang Pasu kerana berjaya menganjurkan Majlis Ijtima Mahabbah Bersama Ulama Kedah pada 2.6.2012 tempoh hari 










Nasihat Ulama di Majlis Ijtima Mahabbah bersama Ulama Kedah

Majlis Daerah Kubang Pasu patut dicontohi oleh Majlis- majlis daerah yang lain kerana berjaya menyatukan masyarakat bersama ulama.
Dalam Majlis tersebut beberapa orang tokoh ulama turut memberi ucapan daiantaranya
Tn Guru Hj Salleh Musa, Tn Guru Hj Yusuf, Tn Guru Hj Zulkifli , Tn Guru Hj Rejab .

Tn Guru Hj Salleh dalam ucapannya menyentuh cerita berkaitan dengan Isra dan Mikraj , selain itu beliau menyeru masyarakat supaya dalami ilmu agama dan kuatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah . Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Majlis Daerah Kubang Pasu kerana berjaya anjurkan program keagamaan yang sangat baik iaitu merapatkan masyarakat bersama Ulama.
Beliau menyeru agar program ini sentiasa dianjurkan diserata tempat . Insyallah 29.6.2012 ini Ijtima Ulama Kedah akan diadakan di Pendang , saya akan umumkan di blog Kehidupan Tauhid nanti , Insyallah doakan agar berjaya.
Tn Guru Hj Salleh juga menyeru masyarakat supaya belajar agama , amalkan agama , sokong usha kerajaan negeri Kedah pimpinan Ust Azizan untuk kukuhkan Islam di Kedah . Selain itu beliau menyeru masyarakat supaya hati-hati dengan fahaman wahabi dan syiah yang kini mula disebarkan di Kedah , Tn Guru Hj Salleh menyeru Kerajaan PAS agar bersama kukuhkan perjuangan dan kukuhkan peranan agama dan buat undang-undang hapuskan ajaran sesat di Kedah dan di Malaysia amnya.

Tn Guru Hj Yusuf pula meminta supaya masyarakt bersama ulama , dalami ilmu dan amalkan apa yang dipelajari . Tn Guru Hj Rejab pula banyak tekankan soal akhlak dan isu semasa berkaitan masalah agama didalam masyarakat kita. Tn Guru Hj Rejab nasihat supaya para penuntut ilmu agama agar beradab dengan ulama , ulama muda perklu hormati ulama tua, keberkatan dan penghayatan ilmu agama berasas dari akhlak . Beliau juga menyeru ulama agar membuat pembaharuan bagi untuk mencapai matlamat dakwah yang sebenar. Ijtima ulama kedah kali ini kelihatan makin bersemangat dengan pelbagai lontaran pendapat dari ulama -ulama yang berucap . Insyallah kali lain kita akan bergabung agar Ijtima Ulama Thurath 1.1.2012 di Perwaja Gurun akan menjadi nadi utama bagi pihak-pihak lain bergabung antara Persatuan Pondok Tauhid Kedah bersama Persatuan Pondok-Pondok Kedah bagi menganjurkan Ijtima Ulama dengan Lebih baik INSYALLAH.

Tn Guru Hj Rejab menyeru supaya masyarakat mencari ilmu dengan ikhlas , ulama menyampaikan dakwah dengan ikhlas. Tn Guru Hj Rejab menyeru agar kita meninggalkan perkara sesat dan bidaah diantaranya Wahabi , Syiah , Golongan menolak hukum Allah , Golongan yang tidak menuntut ilmu , golongan yang meninggalkan solat 5 Waktu sehari semalam dan lain-lain.

Tn Guru Hj Zulkifli pula menyeru agar seluruh masyarakat yang hadir membetulkan niat dalam perkara agama, Selain itu beliau menyeru agar masyarakat menyokong kuat peranan Ulama dalam menyampaikan dakwah . Masyarakat wajib menyokong usha ulama dan membantu dari segi tenaga , harta dan fikiran dalam memastikan usha dakwah dapat berkembang secara menyeluruh dalam masyarakat.
Pondok-Pondok di Negeri Kedah dan seluruh negara mesti dipertahankan demi mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hadir sama dalam majlis Ijtima Mahabbah Ulama Kedah adalah Spiker Dewan Undangan Negeri Kedah  Dato Isa dan Exco Kedah Dato Amiruddin


Tuan Guru Hj Salleh di Perhimpunan Hijau ke Putrajaya


Tuan Guru Hj Salleh di Perhimpunan Hijau ke Putrajaya








Sertai Fecebook Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT -Kedah ) sekarang bagi mendapat maklumat ummah semasa !