Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Rabu, 11 Mei 2011

Program Tarbiah Membentuk Pemuda Soleh

                                                           
                                                                       28-05-2011(Sabtu
  • 08.00 pagi: Pendaftaran
  • 09.00 Pagi: Taklimat
  • 09.30 Pagi: Sarapan
  • 10.00 Pagi: Mula Program
  • 11.00 Pagi: Bengkel Pemantapan Solat
  • 12.00 T/hari: Rehat
  • 01.30 Ptg: Solat Zohor
  • 02.00 Ptg: Kuliah Di Pimpin Oleh Ustaz Helmi
  • 02.45 Ptg: Rehat
  • 03.00 Ptg: Bengkel Pemantapan Solat
  • 04.00 Ptg: Rehat
  • 04.30 Ptg: Solat Asar
  • 05.00 Ptg: Riadhah
  • 06.40 Ptg: Rehat
  • 07.30 Mlm: Solat Maghrib
  • 08.00 Mlm: Kuliah Maghrib Di Pimpin Oleh Tuan Imam Hj. Ibrahim b Hj. Ahmad.                       Tajuk (Remaja Masa Kini Pemimpin Masa Hadapan)
  • 08.45 Mlm: Solat Isyak
  • 09.15 Mlm: Motivasi ( Tayangan Video Selamatkan Palestin @ Marhaban)
  • 10.30 Mlm: Rehat
  • 10.45 Mlm: Bengkel Pemantapan Feqah
  • 11.30 Mlm: Muhasabah
  • 12.00 Tgh Mlm: Rehat

                                                                         29-05-2011(Ahad)
  • 05.00 Pagi: Tahajud
  • 06.00 Pagi: Solat Subuh
  • 06.30 Pagi: Kuliah Subuh Di Pimpin Oleh Ustaz Jemputan
  • 07.30 Pagi: Sarapan
  • 08.00 Pagi: Senaman Pagi
  • 09.00 Pagi: Mandi
  • 09.30 Pagi: Pemantapan Tauhid
  • 10.15 Pagi: Rehat
  • 10.30 Pagi: Ceramah Di Pimpin Oleh Ustaz Zamri Tajuk: Menerap Nilai-Nilai Perjuangan
  • 11.30 Pagi: Bengkel Pemantapan Akhlak
  • 12.15 T/hari: Rehat
  • 01.30 Ptg: Solat Zohor
  • 02.00 Ptg: Bengkel Post Mortem (Kaji Selidik)
  • 02.30 Ptg: Ceramah Di Pimpin Oleh Tuan Imam Hj. Azmi Tajuk: Pemuda Soleh Pemimpin Ummah
  • 03.00 Ptg: Perasmian & Penutup. Ucapan Perasmian PenutupOleh YB Che Uda b Che Nik, Ahli Parlimen Sik
  • 04.00 Ptg: Bersurai

Isnin, 9 Mei 2011

Habib Muhammad bin Soleh Al Attas Al-Hussayni


Al-Habib adalah al-Habib Muhammad Bin Soleh al-Attas .Beliau merupakan murid kepada al-Musnid al-Mufassir al-Habib Umar al-Hafidz di Dar al-Musthafa, Hadhramaut. Berapa habaib di sekitar Yaman sempat beliau mengambil manfaat dan bertabaruk sebagai murid mereka. Habib sekarang merupakan Mudir kepada Rubath al-Fattah di sebuah perkampungan di Huraidhah, Hadhramaut,Yaman

















Nasihat Guru Mulia Al Habib Muhammad Al Attas

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ,
saya tunaikan janji saya semalam kepada pengikut setia blog Pondok Tauhid ini , Insyallah dengan taufiq Allah saya masukkan ucapan nasihat guru mulia Al Habib Muhammad Bin Soleh di Masid Al Bukhary
6.6.2011 .
Al Habib memulakan ceramah beliau dengan majlis membaca Selawat , Qasidah dan marhaban memuji Rasulullah SAW
Al Habib Muhammad memulakan ucapan dengan memuji Allah dan berselawat . Habib berkata :
Jika Allah hendak kita jadi baik maka ALLAH sendiri akan mengatur langkah bagi kita , maka kita akan tergolong dalam golongan bahagia .
ALLAH bagi kemuliaan dan keistimewaan kepada kita dengan nikmat Iman dan Islam . Islam adalah sebesar-besar nikmat dari Allah yang kita dapat melalui Rasulullah SAW 
Islam merupakan pengorbanan dan jihad nabi yang sebenar !
Rasulullah sampaikan Islam kepada kita hingga Islam itu sempurna . Lain dari Islam semuanya sia-sia. Islam sahaja yang betul . Jika kita ambil lain dari ISLAM kita akan rugi.
KITA PERLU BERSATU IKUT AGAMA ALLAH , HUKUM ALLAH , IKUT RASULULLAH .
Kita bersyukur pada Allah kerana Allah beri nikmat Islam pada kita .

Nikmat Islam kita sudah dapat Alhamdulillah tetapi wajib kita memilaharanya agar mantap Iman kita .
Hati kita perlu ada matlamat iaitu hanya Allah matlamat kita!
Jauhi dari maksiat , jauhi dari perkara yang menyebabkan kita jauh dari Allah . Nikmat Iman pemberian Allah kepada kita maka wajib syukuri dan jaga betu-betul iman kita .

Al Habib Muhammad berkata lagi
Orang yang jauh dari Allah adalah orang yang tidak berusaha memantapkan Iman dan orang yang sentiasa buat maksiat .
Kita doa pada Allah supaya Allah selamat kita , tunjukkan jalan lurus dan jauh maksiat .

Kalau kita buat maksiat maknanya kita zalimi diri kita , kita jauh dari Allah akan akan sesatkan kita yang zalimi diri kita .
Orang yang zalim sentiasa ikut nafsu dan melakukan yang haram , hidup tidak taat pada hukum agama . Orang yang zalim akan sesat dan tidak dapat jalan atas titi sirot dan akan jatuh dalam neraka ............(ALLAH jauhakan hamba , guru hamba , keluarga dan sahabat dari perkara ini) .

Paling hina adalah zolim diri sendiri .
Tidak usha diri kepada dekat diri pada Allah dengan melakukan maksiat . Seamasa Ibadat tidak hadir hati pada Allah . Ibadat tampa ingat kematian .
Antara usha memantapkan Iman kita perlu ingat kematian .
Ingat mati adalah usha untuk menyekat nafsu dari melampau . Ingat mati boleh memutuskan hawa nafsu dunia . Insyallah kalau ingat mati kita takut buat maksiat , takut buat benda haram . Kalau ingat mati kita akan sentiasa bertaubat .
Insyallah cara ini akan buat iman kita mantap . Kita hidup sentiasa dalam keadaan takut Allah .
Takut Allah murka .

Hati kita sentiasa berbalik-balik , kita perlu jaga hati supaya kearah kebaikan . Doa agar hati kita tidak menyimpang ke arah kejahatan . Jaga hati , jika kita buat satu dosa maka satu tompuk hitam akan menutupi hati, andai kita zikir satu maka akan terpadam satu titik hitam itu , andai kita tidak zikir maka hati akan bertambah gelap .

Habib berkata lagi taat pada Allah , maka boleh kita ikut Rasulullah SAW 
Ikut hukum , rukun , syarat , amalan Rasulullah .
-Antara amalan untuk mantap Iman
1.Diri solat awal waktu
2. Solat Jemaah
3Solat dengan khusyuk
4 Sempurna solat ikut rukun dan syarat
5 solat ikut sunnah
6 jauh dari yang membatalkan solat

Solat yang baik memberi kesan pada diri kita untuk jadi baik , solat yang baik dapat kuatkan hubungan kita dengan Allah SWT .Solat adalah hubungan kita dengan Allah , lakukan, dirikan solat dengan baik .
Akhir sekali habib berpesan kepada kita mantapkan iman kerana sekarang zaman fithnah yang sangat bahaya . Mantapkan Iman dan Islam

INSYALLAH ikuti tulisan sambungan untuk saya kongsikan nasihat habib di pertemuan tertutup antara murid Tuan Guru Hj Salleh Musa dan Ahli Jawatan kuasa ummah selawat bersama GURU MULIA AL HABIB MUHAMMAD AL ATTAS