Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Khamis, 7 Jun 2012

Ziarah UALAMA bersama PPPT!!! JOM kita sertai !!!


Seruan Ziarah Ulama Tua yang masih ada!

Assalamualaikum wb
Semasa saya (Helmi Assyafie) melayari isu semasa Allah memberi sedikit ilham kepada saya, dan saya terus utarakan cadangan saya kepada masyarakat umum melalui medan ini.

Saya melayari isu Bersih 3.0 , tiba-tiba datang ilham , Insyallah setelah bekas pembedahan saya baik  saya akan anjurkan satu program untuk masyarakat , iaitu Ziarah Ulama secara besaran di Kedah , Kelantan , Terengganu. Sudahan  hampir 2 tahun saya memimpin masyarakat Pondok untuk menziarahi ulama tetapi kali ini saya bercadang ingin buat secara besaran sedikit , oleh kerana ulama yang berusia tua makin hari makin uzur

Insyallah apabila AJK ditubuhkan saya akan umumkan tarikh bila program ini dijalankan
Siri Ziarah tahunan yang telah dianjurkan:
1.http://pondoktauhid.blogspot.com/2010/06/kenangan-di-kelantan-serambi-makkah.html

2.http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/03/kembara-ilmu-mendekati-ulama-kelantan.html


Saya berhasrat untuk memimpin masyarakat yang tidak biasa dengan ulama supaya mengambil peluang bernefaat ini selagi ulama masih ada , apabila ulama dah meninggal kita menyesal pun tiada gunanya.

Saya dan sahabat Persatuan Pondok Tauhid dengan kerjasama Surau Perwaja dan Ustaz Nordin Singapura telah menganjurkan Ijtima Ulama Thurath pada 1.1.2012 tempoh hari hanyalah kumpul ulama untuk masyarakat dekati , tetapi segelintir sahaja yang mencari ulama yang hadir pada malam itu , bakinya tidak berusaha menziarahi untuk mengambil menafaat dengan mereka. Ini sangat rugi bagi saya .
http://persatuanpondok.blogspot.com/2012/01/alhamdulillah-majlis-mahabbah-bersama.html



Malam ini 3.5.2012 saya buka sejarah ulama yang telah meninggal saya sedih kerana tidak sempat jumpa mereka , tetapi Insyallah saya akan menziarahi makam mereka. Saya yang kenal segelintir ulama masa kini berasa salah jika saya tidak ketenggahkan kepada masyarakat .
Insyallah saya akan tubuhkan jawatan kuasa bersama untuk jayakan program Ziarah Ulama ini.
Saya berharap individu dan mana-mana pertubuhan agama yang berminat silalah kita bergabung untuk jayakn majlis ini
Di Kedah ulama tua hanya tinggal berapa kerat sahaja , yang mashur:
1.Tn Guru Hj Salleh bin Musa, Sik (Guru saya )
2. Tn Guru Hj Ahmad (Kuala Nerang)
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan (Baling)
4. Tn Guru Hj Abdullah (Kubang Pasu)
5. Tn Guru Hj Izzudin ( Gajah Mati)
6. Tn Guru Hj Jusuf (Pendang)
7. Tn Guru Hj Muhammad (Kupang)
8. Tn Guru Hj Zakaria (Jeneri , Sik)
9. Tn Guru Hj Zahari (Sik)
10. Pak Su Mid ( Kuala Nerang)
11; Syeikh Toyyib (tetapi hanya beberapa bulan di Kedah baki masa beliau di Makkah)
12 Tn Guru Hj Abd Hamid ( Derga)
13 Syeikh Hassan Bangkok (Gurun)
Senarai senarai ini adalah ulama yang berusia 65 keatas , ramai lagi ulama Kedah , Tokoh ulama Muda Kedah yang tidak mampu saya senaraikan seperti Ust Zul Syatiri Yan, Ust Mad Rejab Jitra , Ust Nasir Jitra dan ramai lagi yang saya tidak mampu senarai disini .

Di Kelantan
Ramai ulama tua yang masih ada harus kita ziarahi seperti
1, Tn Guru Hj Abd Hamid ( Seligi)
2. Tn Guru Hj Abd Hamid ( Pak Su Mid Gunung)
3. Tn Guru Hj Musa (Tumpat)
4. Babab Abd Aziz
dan ramai lagi ulama tua Kelantan yang perlu kita ziarahi , InsyAllah di Kelantan saya sentiasa hubungi Ust Rusdi Mudir Mahad Tafiz Bonggor, Ust Shah Setiausaha Pondok Seligi dan Ust Din Pasir Tumbuh bagi wilayah Kelantan
Selain itu kita boleh ziarah makam Tok Kenali, Tok Seleho , makam Tn Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah , Makam Tn Guru Hj Hasyim Pasir Tumbuh dan lain-lain.

Di Terengganu pula kita boleh ziarah Makam Tok Pulau Manis, Insyallah kita dapat Ziarah pondok Syed Suhaimi dan lain-lain .
Banyak tempat kita perlu selidiki , Insyallah saya akan ushakan dengan sedaya upaya untuk jayakan program ini. Harap saudara semua doa dan bagi sokongan , program ini hanya semata-mata untuk kesedaran Ummah. Siapa berminat dan ikhlas ingin bergabung sebagai AJK dialukan dengan syarat tiada motif tersendiri , hanya semata kerana Kepentingan Islam dan ummah ,kita bergabung dan jayakan Insyallah .
Hubungi Saya untuk keterangan lanjut  : 013 4044259 (digalakkan msj untuk lebih mudah urusan)
atau Saudara Mazlan Jamaluddin Setiausaha Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah: 013 4035286

Tiada ulasan:

Catat Ulasan