Firman Allah,
فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللهُ
"maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah".
[surah Muhammad : ayat 9]
Sesungguhnya, Ma'rifatullah atau Mengenal Allah itu bukan dikehendaki dengan mengetahui hakikat Zat Allah kerana yang baharu tidak dapat mengetahui hakikat yang Qadim. Tidak ada yang mengetahui hakikat Zat Allah melainkan Allah sahaja Yang Maha Mengetahui akan Zat-Nya.
Yang dikehendaki untuk diketahui bahawasanya Zat Allah Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Zat Allah tidak menyerupai segala makhluk Nya. Berdasarkan firman Allah:
Yang dikehendaki untuk diketahui bahawasanya Zat Allah Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Zat Allah tidak menyerupai segala makhluk Nya. Berdasarkan firman Allah:
لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
" Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan Nya (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat ".
[surah al-Syura : ayat 11]
Firman Allah lagi,
وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".
[surah al-Baqarah : ayat 163]
Meluasnya ma'rifah dan pengetahuan makhuk-makhluk hanya berlaku pada ma'rifah tentang nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah sahaja bukan Zat-Nya.
Firman Allah,
يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ وَلَا يُحِيطُونَ بِهِۦ عِلۡمً۬ا
" Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia) dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahui-Nya secara meliputi ".
[surah Ta-Ha : ayat 110]
Kewajipan bagi orang yang mukallaf
Pada permulaan apa yang diwajibkan pada syara' keatas setiap orang yang mukallaf iaitu mengenal Allah. Ertinya mengetahui segala hukum yang berkaitan dengan sifat-sifat Nya dan segala hukum yang berkaitan dengan ketuhanan-Nya, dan mengetahui segala dalil yang membawa kepada mengetahui Nya.
Oleh itu, mengenal dan mengetahui itu adalah secara pasti dan menepati yang sebenar yang mana hasil daripada jazam itu datang daripada dalil. Ertinya i'tiqad yang pasti, menepati yang sebenar, yang mana i'tiqad itu terjadi adalah hasil daripada tanda (dalil) yang menunjukkan betulnya i'tiqad itu.
Maka setiap orang mukallaf, wajib pada syara' mengetahui segala yang wajib pada hak Allah Yang Maha Besar dan Yang Maha Mulia, dan mengetahui juga segala yang mustahil bagi Nya, dan harus bagi Nya.
Erti wajib pada syara'
Apabila dikerjakan diberi pahala dan apabila ditinggalkan diseksa. Contohnya seperti mengetahui Allah. Jika mengetahui Nya, akan diberi pahala. Jika tidak mengetahui Nya, akan diseksa.
Mengenal Allah adalah asas bagi segala perkara yang dituntut daripada hamba. Maka tiada sah sesuatu yang wajib dan yang sunat melainkan setelah mengenal Allah.
Yang wajib bagi Allah
Bahawa segala kesempurnaan yang patut bagi Zat Allah Yang Maha Suci adalah wajib bagi Allah. Sifat-sifat kesempurnaan itu amat banyak, tiada sesiapa meliputinya melainkan Allah. Maka wajib menetapkan keyakinan secara ijmal (menyeluruh) iaitu wajib bagi Allah dengan segala sifat kesempurnaan-Nya. Segala puji bagi Allah dengan segala sifat kesempurnaan.
Firman Allah,
Firman Allah,
وَمَا قَدَرُواْ ٱللهَ حَقَّ قَدۡرِهِۦ وَٱلۡأَرۡضُ جَمِيعً۬ا قَبۡضَتُهُ ۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَٱلسَّمَـٰوَٲتُ مَطۡوِيَّـٰتُۢ بِيَمِينِهِۦۚ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ وَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ
"Dan mereka (yang musyrik) tidak mampu mensifatkan Allah dengan sifat yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman kuasaNya dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Dia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan".
[Surah al-Zumar : ayat 67]
Yang mustahil bagi Allah
Setiap sifat kekurangan itu adalah mustahil bagi Allah.Sifat kekurangan itu amat banyak, tiada terhitung melainkan Allah jua Yang Maha Mengetahui. Maka wajib menetapkan keyakinan secara ijmal (menyeluruh) iaitu mustahil bagi Allah dengan sifat-sifat kekurangan. Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan.
Sebahagian daripada segala sifat kesempurnaan yang wajib diketahui:
Sebahagian daripada segala sifat kesempurnaan itu ialah yang wajib diketahui secara tafsil (terperinci) iaitu 13 sifat atau 20 sifat.
Pendapat yang rojih (kuat) adalah 13 sifat dan 7 sifat lagi wajib diketahui segala ijmal (keseluruhan) sahaja. Tiada harus dinafikan dengan ijma' (sepakat ulama') kerana ia sebahagian daripada sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan