Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Selasa, 24 Disember 2013

Nasihat kesempurnaan agama - Ustaz Helmi Assyafie , Pengerusi PPPT

Oleh : Muhammmad Fazilul Helmi Bin Raidzan 
Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT Kedah ) 
Nasihat Al Fakir kepada anak-anak muda dan sahabat seperjuangan yang dikasihi . Kita hendak jadi hamba Allah bukan mudah , perlulah kita lengkapkan diri kita dengan agama .Didalam kehidupan harian kita perlu ikut hukum hakam Allah . Kehidupan agama kita ibarat seperti pokok , kita perlu dalami ilmu Aqidah atau ilmu tauhid yang diumpamakan dengan akar pokok . Tanpa akar , pokok tidak akan hidup . Begitu juga kita perlu dalami ilmu syariat atau ilmu fekah, kita perlu dalami hukum hakam berkaitan ibadah , muamalat , munakahat dan jinayat dan amalkanya didalam kehidupan.Ilmu syariat atau fekah ibarat seperti batang atau pohon kayu . Manakala ilmu fardhu kifayah ibaratnya seperti ranting bagi sesuatu pokok .Manakala amalan sunat seperti daun -daun yang subur , tanpa daun pokok tidak akan nampak cantik apabila ada daun yang lebat menghijau maka ia akan nampak lebih cantik, begitu juga agama seseorang jika kita buat amalan sunat agama kita akan lebih cantik .
Adapun ilmu akhlak atau ilmu tasauf ibarat buah-buah yang masak ranum dan sedap bila dimakannya begitu juga ilmu akhlak atau tasauf jika dipelajari dan dihayati serta diamakan maka kita akan sampai kepada tahap hakikat, setelah itu maka agama kita akan sempurna dan kita akan merasai kemanisan hidup beragama .

Ramai orang sekarang tidak mahu belajar ilmu tauhid , tidak mahu mendalami ilmu fekah , mereka suka bertarikat sahaja ini tidak betul , Tarikat adalah benda yang baik ibarat seperti buah yang masak ranum , mana mungkin buah akan terhasil jika akar dan pohon pokok tiada , begitu juga bagaimana agama nak sempurna jika ambil jalan tarikat atau tasauf tanpa dalami ilmu tauhid dan fekah .

Ramai juga yang semangat nak berjuang Islam , ya memang wajib kita berjuang , tetapi bagaimana ranting pokok nak wujud jika tida pohon dan akarnya.Begitu juga jika berjuang sahaja tak dalami ilmu fardhu ain maka tidak akan terhasil pahala .

Ada yang suka amal ibadat sunat tapi tidak mendalami ilmu fardhun ain .Amaalan sunat ibaratnya seperti daun -daun , tidak mungkin daun akan terhasil jika tanpa pohon dan akarnya .
Pendek kata hendak agama kita sempurna belajar lah ilmu fardhu ain dan amalkanya terlebih dahulu , sempurnakan agama kita terlebih dahulu barulah kita langkah untuk yang lain .

Ada yang belajar tetapi tidak mahu berjuang maka sudah tentu tidak sempurna agamanya kerana berjuang adalah kewajipan bagi yang telah selesai fardhu ainya . 



Hayatilah kemanisan hidup beragama ,
jangan kita buat perkara dosa terutamanya dosa besar seperti berzina , minum arak , berjudi , bunuh orang termasuk bunuh anak sekalipun anak zina ia tetap kikatakan pembunuh , jangan tinggal solat jika tinggal solat segeralah qada , jangan derhaka ibu bapa . segera bertaubat dari perkara dosa .
Pintu taubat masih terbuka luas , rahmat Allah luas , Allah maha pengampun dan penyayang .

Nasihat akhir saya pada anak muda , sahabat yang dikasihi sakalian , belajar agama, dahului ilmu fardhu ain yang wajib kita pelajari dan amalkan kemudian jadilah orang yang berakhlak , santuni dan dekati ulama muktabar agar ada perhubungan kita dengan mereka . Hubunglah silaturahim dan hubunglah tangan dengan mereka terutamanya ulama yang tua . Cepatlah ziarah dan dekati mereka supaya kita dapat tumpang berhubung tangan antara mereka seperti kita berhubung tangan dengan guru guru mereka yang telah meninggal dunia agar kita dapat berhubungan sanad dengan ulama dulu -dulu yang muktabar . Ikutlah ulama nescaya kita akan selamat tidak akan sesat dari kebenaran .

Ramai yang belajar ilmu agama sekarang tetapi hati tidak hidup , hati kosong , hati lalai dengan ALLAH dan Rasul , ini kerana tiada adab menuntut ilmu dan cara menuntut ilmu tidak mengikut acuan ulama ulama dulu yang telah berjaya .

Jangan kita merasa pandai , jangan kita rasa ilmu ulama dulu rendah sedangkan mereka merupakan orang yang telah berjaya seperti Imam Ghazali , Imam Syafie , Imam Nawawi , mereka terlebih wara terlebih hampir dengan para tabin tabiun serta terlebih dekat zaman mereka dengan zaman sahabat . Jangan kita terpengaruh dengan ulama yang sentiasa pertikai jalanan imam-imam kita , jalanan ulama muktabar kita ahli sunnah wal jamaah .
Al Quran Hadis sumber utama kita tetapi kita perlu juga kepada ijma ulamam dan qias .
Jangan kita terpengaruh dengan puak yang suka mebidaahkan segala perkara yang dibuat ulama dahlu , kerana ulama buat sesuatu ada sandaranya . Tetapi jika perkara itu bidaah haram wajib kita tolak , jika bidaan itu hasanah seperti bukukan quran , buat maulid apa salahnya walaupun bidaah tetapi ia masuk dalam bidaah hasanah .
Berpegang teguh dengan Ahli Sunnah jangan jadi syiah , sekuler , wahabi , muktazilah , jabariah , qadariah , dan lain-lain lagi, berpegang teguh dengan ajaran ahli sunnah tanda cinta kita kepada ALLAH dan RASULULLAH , marilah kita gembirakan Rasulullah dengan mengamalkan kehidupan agama seperti yang dikehedaki Islam - Helmi Assyafie Pondok Sik 25.12.2013 (12.40 malam ) nasihat untuk hati dan boleh diambil menafaat oleh saudara seagama yang inginkan menafaat ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan