Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Ahad, 8 Disember 2013

AJK PPPT meninggal dunia ( Afizan Zakaria ) - AL FATIHAH

Mohammad Afizan AJK PPPT 
kembali kerahmatullah hari ini , Ahad 8.12.2013
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah . 
Beliau merupakan AJK PPPT yang gigih dalam menuntut ilmu agama , hal ini dibuktikan oleh beliau ,walaupun berusia muda beliau sanggup meneruskan pelajaran ke Pondok Kerasak Pattani diatas niat untuk belajar bersungguh hingga alim dan bercita-cita untuk membuka pondok . 
Kita sayang kepada beliau tetapi Allah lebih menyanyangi beliau . 
Dalam usia 18 tahun,  hari ini beliau dijemput ke Alam Barzakh dan meninggalkan kita buat sementara waktu. 
Beliau merupakan pencetus Qasidah bersama Haron Shah dalam PPPT . Suara beliau sangat merdu dalam  qasidah dan selawat. Moga ALLAH rahmati roh beliau dengan berkat selawat dan Mahabbah Rasulillah yang tinggi yang wujud  dalam jiwa beliau . 
Moga Allah cucuri rahmat keatas roh beliau. 
Beruntung beliau kerana dapat menuntut ilmu agama di Pondok dalam usia muda dan beliau meninggal dalam tempoh jihad perjuangan menuntut ilmu agama .Moga beliau digolongkan bersama roh orang beriman , para ambia , syuhada , solihin . 
Bahagia kamu disebabkan jasad kamu disemadikan di Pondok Kerasak Fathoni Darussalam tempat orang alim , tempat yang sentiasa hidup roh agama dan amalan , moga kamu bahgia dialam sana ameen .- Helmi Assyafie 
MOHAMMAD AFIZAL BIN ZAKARIA 
SAHABAT YANG SENTIASA CERIAKAN KEADAAN 
MOGA ROH MU SENTISA DICUCURI RAHMAT 



1 ulasan: