Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Sabtu, 21 September 2013

Catatan dari suara hati seorang insan yang cintakan Ulama.....

Majlis Ulama Thurath

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


"Salam Ustaz, apa kelebihan kita berada dalam majlis ulama?". Ustaz Helmi membacakan kertas soalan yg diterimanya. 

"Siapa yg berada dalam majlis ulama, maka dia umpama berada dlm majlis Nabi.
Siapa yg berkhidmat untuk ulama, umpama dia berkhidmat kepada Nabi. Sepertimana yg kita sedia maklum ulama ialah pewaris Nabi.  Buat muslimin jadilah khadam mereka, berkhidmat kepada ulama, cuba penuhi permintaan mereka. Jangan lupa minta ulama ini mendoakan untuk kita.  Ambillah peluang ini untuk kita mengambil berkat daripada tuan-tuan guru yg akan datang dalam majlis nanti". 
Ustaz menjelaskan persoalan tersebut.

MasyaAllah, berkobar-kobar perasaan masa tu. Teringin sebenarnya untuk dekat dengan ulama. Menadah kitab mendengar kata-kata penuh hikmah dari mereka. 


Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yg dikasihi. Selepas daripada program tamrin pondok yg dibuat di Madrasah Ar- Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh di Sik, Kedah lebih kurang seminggu lebih, Pondok ini mengajak pihak kami untuk menjadi urusetia di dalam program Ijtima' Ulama' Thurath Malaysia dan Thailand sempena majlis Maulidur Rasul berlangsung di Pondok Tuan Guru Hj Yahya. 

Jadi, kami bertolak dari Sik ke Alor Setar. 

Ijtima' Ulama' Thurath Malaysia dan Thailand
Ijtima' ulama bukan calang-calang program. Menghimpunkan lebih 200 ulama-ulama silam yg banyak berjasa dan menjaga warisan ilmu dengan penuh iltizam dan ikhlas pastinya majlis yang penuh barakah dan sangat dirindui oleh buat para pencinta ilmu agama.






Sedikit sejarah pondok hj Yahya.
Pondok Hj Yahya diasaskan dan ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Tuan Guru hj Yahya bin Mt Saman. Beliau bersama rakannya baiknya meneroka kawasan dusun untuk dijadikan pondok. Pd peringkat awal penubuhan pondok ini dihuni oleh warga emas yg tidak ada tempat tinggal. Pertengahan dan akhir 1980an pondok ini mula menerima pelajar luar sehingga menjangkau lebih 200 orang pelajar.


Antara pelajar dari pondok ini telah berjaya membuka pondok ini ialah,

  • Tuan Guru Hj ibrahim (Pondok Lepai)
  • Tuan Guru Hj Man (Pondok Teluk Luar)
  • Tuan Guru hj Ismail (Pondok Kepala Bukit)
  • Tuan Guru Abd Rauf (Pondok Tampin)
  • Ustaz Yusuf 
  • Ustaz Hamid

Sehari sebelum bermulanya program, kami diberikan briefing tentang program ini serta pembhgian tugas masing-masing. Seorang muslimin digalakkan menjadi khadam untuk seorang ulama. Serta pembahagian memasak serta serve peserta yg datang. Muslimat bekerja dalam dapur dan serve peserta muslimat.





Urusetia muslimat dipimpin oleh Kak Busyra, Timbalan Pengarah Program juga merupakan kakak kepada kepada Pengarah Program iaitu Ustaz Termizi .

Saya sangat kagum dengan semangat kak Busyra. Dia berhenti kerja sebagai pensyarah di UM semata-mata mahu membangunkan semula Pondok Tuan Guru Haji Yahya setelah lama pondok ini tidak hidup kerana pondok ini tidak mempunyai tenaga pengajar setelah Almarhum Tuan Guru Hj Yahya meninggal pada tahun 2006. Dia sebagai cucu Tuan Guru bekerjasama dengan adiknya berazam mahu menghidupkan kembali roh sekolah pondok ini,iaitu salah satunya dengan mewujudkan program ini di pondok tersebut.

Siapa jangka sekolah pondok ini yg terletak dalam kwasan hutan boleh dibuatkan program sebesar ini. Saya sendiri terkejut mula-mula memasuki kawasan sekolah pondok ini. Malah, program ini banyak juga sponsor antaranya ialah Buraq Oil. Ada juga promotion dalam radio dan di tv Alhijrah. Malah kak Busyra maklum program ini dirancang 2 minggu sebelum program. Lagi tersentap, Subhanallah!! Sebab kita sedia maklum if nak buat program besar sekurang-kurangnya perancangan dalam 6 bulan sebelum program. Tapi dengan semangat Islam oleh generasi keluarga Tuan Guru Hj Yahya mahu sistem pengajian pondok ini diteruskan. Jesteru, matlamat utama program ini ialah meneruskan kesinambungan warisan ilmu berharga ini.

Hebat bukan?

Tentatif program sangat best, bermula dari pagi sampai malam diisi dengan agenda yg super osem!!
Majlis ini dihiasi dengan qasidah dan solawat yg memuji rasulullah saw. Program ini ada pengajian kitab Pelita Penuntut yg mengajarkan tentang adab2 menuntut ilmu, kepentingan menuntut ilmu serta banyak lagi. 
Pada malamnya diadakan forum Perdana antara tajuknya ialah Rasulullah Sebagai Ikon Sepanjang Zaman, bicara ulama Turath pada malam kedua iaitu 'Mampukah Sistem Pondok Dipertahan' dan malam terakhir ialah Wasiat Ulama. 
Subhanallah!!

Kami sebagai urusetia sememengnya tak sempat nk tadah kitab. Kalut dengan kerja masing-masing. Rasa sedih juga. Kadang-kadang curi masa nk dengar dan catit.  Tapi malam sebelum program, kak Busyra berpesan, "Mungkin kita teringin nak dengar amanat dari Tuan-tuan Guru, nak tadah kitab. Tapi insyaAllah kita yg sedang berkhidmat lebih besar pahalanya. Umpamanya kita berkhidmat kepada Nabi. Cuba sambil2 buat kerja dengar apa yg disampaikan. Mungkin apa yg sedikit kita dengar itu lebih  terkesan dalam hati". 



Kitab Pelita Penuntut

Tiap-tiap pagi sebelum datang bergerak kerja refresh niat. "Aku sedang berkhidmat kepada Nabi". Wah, boleh jadi tersenyum bahagia!!

Boleh antum bayangkan perasaan jika kita berkhidmat kepada Nabi. Bahagia, mesti mahu buat yg terbaik untuk Nabi bukan?..

Seriyes, saya rindu bergerak kerja di pondok itu. Walaupun hanya di dapur dan mguruskan makan minum peserta, tapi tetap rasa bahagia. Moga saya dan sahabat yg hadir dapat barakah dan doa dari ulamak yg datang.



Perkongsian tambahan..

Pernah seorang sahabat kepada ayah imam Assyafie bertanyakan kepada beliau " Bagaimanakah engkau mendidik anakmu sehingga menjadi hebat begini?.
Ayah imam Syafie mengatakan bahawa, setiap kali aku hadir dalam majlis ilmu, pasti aku akan berdoa "Ya Allah, semoga anakku yg dalam kandungan ini (Imam Assyafie)  menjadi hebat seperti ulama yg sedang mengajar ini mahupun lebih hebat lagi".

Lihat, inilah keberkatan daripada berada dalam majlis ilmu yg adanya para ilmuwan yg mencintai Allah. Doa dimakbulkan. Mjlis ilmu yg disertai dengan malaikat yg akan mengaminkan doa kita. Jadi, apa lagi? Mari kita  mulai berdoa dalam stiap mjlis ilmu yg kita pergi. 



Akhir kalam, Cintailah ulama yg gigih berdakwah. 
Ulama ialah pewaris nabi. Merekalah golongan yg paling berpegang teguh dengan sunnah dan gigih berdakwah menyebarkan sejak dahulu sehingga kini. Para ulama juga adalah golongan yg mulia dengan ilmu dan amal soleh. Allah telah mengangkat darjat ulama yg ikhlas dgn ilmu. Mereka ini mewariskan kitab muktabar dan generasi ilmuwan yg meneruskan lagi legasi dakwah ini.

Moga Allah memelihara ulama ini, sihatkan tubuh badan mereka dan terus menerus melebarkan dakwah kepada seisi ummat Islam supaya mencintai Allah dan Rasul.













# Subhanallah, moga Allah menangkan negara ini dengan kepimpinan ulama. Amin.
   Ana rindu zaman tertegaknya khilafah islamiyah.

Buat sahabat yg ingin mendengar pengisian dari majlis Himpunan Ulama Thurath, boleh buka link ustream berikut, 
Himpunan Ulama Thurath

sumber: http://hanadini.blogspot.com/2013/02/majlis-ulama.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan