Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Khamis, 6 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Alor Setar 7 Dis 2012



Himpunan Kebangkitan Rakyat terus bersemarak lagi esok, 7 Disember bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi peringkat negeri Kedah ini akan dimulakan seawal jam dua petang dengan segmen Bicara Wanita Pakatan Rakyat.

Kemudian diikuti persembahan kebudayaan, konvoi dan pidato kira-kira jam tiga petang, dan seperti biasa segmen kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus dijadualkan jam lima petang.

Tujuh malam, para peserta himpunan bersolat Mahgrib, diikuti munajat perdana dan solat Isyak berjemaah.

Selepas itu, sesi ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat diadakan jam sembilan malam.

Antara mereka yang akan menyampaikan ceramah pada malam itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kedah merupakan siri keempat selepas di Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan