DR MAZA serang Mufti Kedah - Helmi Assyafie bela Mufti Kedah .
Denngan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Helmi Assyafi - Pembelaan terhadap Dato Paduka Mufti Kedah .
Saya mengikuti FB Dr Maza.com hari ini dan melihat beliau amat marah dengan kenyataan
Dato Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Hj Ahmad Mufti Kedah Darul Aman .
DR MAZA marah dengan Kenyataan ini :
Helmi Assyafi - Pembelaan terhadap Dato Paduka Mufti Kedah .
Saya mengikuti FB Dr Maza.com hari ini dan melihat beliau amat marah dengan kenyataan
Dato Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Hj Ahmad Mufti Kedah Darul Aman .
DR MAZA marah dengan Kenyataan ini :
Muffti Kedah: Fathul Bari & Dr. Asri penganut ajaran sesat Wahabi
Demi Allah saya bukan bodek Dato Mufti , dulu masa buat Himpunan Ulama Thurath siri 3 pada 19.10.13 di Stadium Suka Menati ada orang tuduh saya bodek Dato Mufti .
Demi Allah bukan hendak bodek dan bukan hendak nama dan apa-apa hanya tanggungjawab saya memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mendokong perjuangan Ulama Ahli Sunnah Kedah terutamanya Tuan Tuan Guru Pondok Kedah .
Dato Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Hj Ahmad merupakan Mufti Kedah zaman PAS memerintah dan kini zaman UMNO memerintah . Jika kita tak kenal perjuangan dakwah beliau maka kita tak cinta . Saya amat mengenali Dato Mufti Kedah dan beliau merupakan Ulama yang berjaya mendidik ummah untuk kembali kepada Islam. Beliau Alim dalam ilmu Hadis , beliau kuat memperjungkan Islam Ahli Sunnah dan beliau akan memastikan Islam terus terbela di Kedah dan beliau ikrar tidak akan membenarkan Wahabi Syiah masuk ke Negeri Kedah .
KEDAH NEGERI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Kami ada ulama pondok kami ada ulama Sunni yangb sangat ramai
jangan masuk urusan agama negeri Kedah .
WAHABI , SYIAH tak laku di Kedah .
Dalam Ucapan Mufti Kedah dalam vedio beliau cakap dengan cara umum , bukan beliau tuduh DR Asri buat semua benda yang Dato Mufti cakap .
Dato hanya menyatakan sifat-sifat wahabi . Cuma Dato Baderudin kata Fathul Bari dan MAZA Wahabi .
Ya memang hakikatnya Fathul Bari dan MAZA itu wahbi tapi baik sikit MAZA dari Fathul Bari .
Bukan kita menolak semua hujjah Dr Maza cuma yang kita tentang perkara yang bertentangan dengan amalan yang diamalkan oleh rakyat yang bermazhab Asya'ariah dan Syafie .
Dari zaman British hingga sekarang negeri kita mengamalkan aliran Ahli Sunnah secara sekata , maka jangan pecah belahkan kesatuan ummah dengan benda -benda yang mengelirukan masyarakat .
KENYATAAN DR MAZA :
Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.
Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;
1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat menerima perkataan yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka.
2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan WALLAHI, wa BILLAH wa TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan asas.
3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan boleh mengambil keberkatan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di youtube bertajuk: “Memburu Barakah” akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan.
4. Isu tidak membenarkan orang solat tarawih lebih dari lapan rakaat bahkan menyatakan Perlis tidak membenarkan dan menganggap masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas, adalah fitnah beliau yang beliau bertanggungjawab di hadapan Allah. Sejak sekianlama artikel saya bertajuk “Kekeliruan Tentang Solat Tarawih” yang di siar di web saya (Minda Tajdid), Akhbar Sinar Harian dan pelbagai laman web menyebut -antara lain- tentang solat tarawih: “Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah”.
5. Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar. Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber. Tetapi hendaklah dipastikan ucapan dan tulisan yang tidak diedit dan dalam konteks yang betul. Jawapan saya dalam masalah ‘Arasy umpamanya sama dengan apa yang Hasan al-Banna sebut dalam ‘Usul al-‘Isyrin’, apa yang Sayyid Qutb sebut dalam Zilal al-Quran dan Dr Wahbah al-Zuhaili sebut dalam Tafsir al-Munir (lihat tafsir ayat 54, Surah al-‘Araf). Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dikenali oleh orang melayu. Jawapan yang sama disebut oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang lain. Sila tonton pelbagai video saya dalam hal ini.
6. Menuduh orang secara dusta adalah dosa yang besar. Saya akan bertemu dengan beliau di mahkamah Masyar dan juga Allah ada urusan dan tindakanNYA di dunia ini. Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
7. Jika tidak, saya mengajak beliau BERMUBAHALAH iaitu bersumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau.
8. Saya pohon kemaafan kerana terpaksa menjawab secara terbuka kerana tuduhan beliau disiarkan terbuka.
9. Kepada Allah kembali segala urusan. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).Dalam riwayat Ahmad yang lain:"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani)
HELMI ASSYAFIE Menjawab :
Mengapakan DR MAZA terasa panas sangat ?
Dato Mufti membuat kenyataan ciri-ciri wahabi
cuma dikaitkan nama Fathul Bari dan DR MAZA sebagai wahabi .
Jika DR MAZA kata kata macam apa yang dicirikan oleh Dato Mufti maknanya DR MAZA bukalah wahabi tegar tetapi aliran pemikiran DR MAZA tetap bercirikan Wahabi disebabkan banyak kenyataan yang menentang sifat 20 , menentang Tawasul , menentang banyak lagi amalan -amalan yang diamalkan oleh ulama Ahli Sunnah di Asia ini . Dr Asri pernah berdebat dengan Allahyarham Dr Uthman El Muhamadi , Dr Aziz Hanafi dan banyak lagi termasuk mengkritik pandangan Syeikh Muhammad Nuruddin Al Banjari dan lain-lain lagi . Semasa jadi Mufti Perlis dahulu pun banyak perkara yang sudah sahih bahawa dihukumkan DR MAZA terdapat banyak ciri-ciri wahabi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan