Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Rabu, 2 Mac 2011

Sambungan pengasas Wahabi

  • Berkata Muhammad Bin Abdulwahab bagi pengikutnya "Sungguhnya aku bawa datang kepada kamu dengan Agama yang baru"
  • Dan mecerca Muhammad Bin Abdulwahab pada mazhat imam-imam yang empat dan pada segala perkataan ulama'
  • Dan tidak menerima Muhammad Bin Abdulwahab daripada Agama Nabi S.A.W melainkan Al-Quran,tetapi takwil ia akan Al-Quran atas sekira-kira kehendaknya.
  • Dan tidak mengambil Muhammad Bin Abdulwahab akan Ijma' dan Kias.
  • Mendakwa dirinya menurut kepada mazhat imam Hanbali dengan jalan bohong.
  • Menegah Muhammad Bin Abdulwahab akan orang-orang daripada berdoa selepas solat,sengka ia akan bidaah.
  • Pada satu hari Muhammad Bin Abdulwahab baca khutbah Jumaat pada masjid Dari'yah,berkata dalam khutbah itu "Barangsiapa bertawassul dengan Nabi,sungguhnya jadi kafir ia".
  • Dan berkata Sulaiman Bin Abdulwahab(saudara Muhammad) bagi Muhammad Bin Abdulwahab pada suatu hari, "Hai Muhammad,berapakah segala rukun Islam" maka jawab Muhammad "Lima" maka berkata Sulaiman "Pasal apakah engkau menjadi akan rukun Islam itu enam"(iaitu siapa-siapa yang tidak menurut akan engkau maka ia bukan muslim,inilah rukun yang keenam bagi Islam disisi engkau).
  • Adalah perangai Muhammad Bin Abdulwahab itu menghina ia dan merendah ia akan Nabi dengan beberapa tutur kata,setengahnya berkata ia Nabi Muhammad S.A.W itu semata-mata suruhan jua,yangni seperti suruhan raja pada membawa surat menyampaikan kepada kaumnya,bila sudah selesai maka pulanglah ia.
  • Dan ada setengah pengikut Muhammad Bin Abdulwahab itu berkata "Tongkat aku ini terlebih baik daripada Nabi,kerena boleh buat bunuh umpama ular dengannya"dan berkata Muhammad "Telah mati Nabi dan tidak tinggal pada Nabi Muhammad S.A.W manfaat samasekali".
  • Berkata setengah ulama' bahawa perkataan mereka itu 'Kufur',Nau'uzubillah min zalik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan