Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Selasa, 4 Januari 2011

SEJARAH PERTUBUHAN LOGO DAN PPPT





    


Logo ini direka oleh AJK PPPT di dalam mesyuarat pada hari SABTU 25 DIS 2010 dan siap dengan sempurna pada hari ISNIN 27 DIS 2010 pada jam 5 petang.


SEJARAH PERTUBUHAN PPPT

PPPT ditubuhkan diatas dasar persepakatan dan penyatuan antara pelajar Madrasah Ar-Rahmaniah yang perihatin dengan perjuangan Tuan Guru Haji Salleh Musa di dalam perjuangan menyebarkan dakwah.Pada peringkat awal saudara Helmi(KETUA PPPT sekarang 2010-2011) mencadangkan kepada beberapa rakan-rakan yang memegang jawatan AJK Madrasah.Alhamdulillah atas dasar persepakatan dan keihklasan untuk membantu perjuangan Tuan Guru menyebarkan Dakwah Islamiah maka semua setuju sebulat suara......


Saudara Helmi meusulkan cadangan ini kepada Tuan Guru,Tuan Guru setuju.Pada hari selasa 23 SYAABAN 1431 bersamaan 4 OGOS 2010 bermulanya mesyuarat penubuhan PPPT.Alhamdulillah perlantikan berjalan dengan tenang dan semua ahli sebulat suara setuju dengan pertubuhan PPPT dan sebulat suara melantik AJK PPPT. 


Pada hari Rabu saudara Helmi menemui Tuan Guru dan membentangkan minit mesyuarat,Alhamdulillah Tuan Guru setuju dan merestui PPPT.Dan dalam kesempatan itu saudara Helmi meminta izin kepada Tuan Guru supaya melaksanakan program PPPT yang pertama iaitu memohon pada Tuan Guru supaya melancarkan Tahlil Perdana untuk Ulama yang bersanad dengan pengajian Tuan Guru dan merasmikan pameran sejarah Ulama.

PPPT menyambut cadangan ini dengan sebulat suara dan AJK PPPT bertungkus lumus menyediakan bahan pameran.

Takdir Allah pada hari Jumaat 25 SYAABAN 1431H bersamaan 6 OGOS 2010M, dua hari selepas penubuhan PPPT bermulalah program sulung dengan gilang gemilang dengan izin Allah dari kerjasama usaha ihklas seluruh AJK PPPT.

Pada hari itu acara bermula dengan kuliah umum Tuan Guru, pelancaran Tahlil Perdana kali pertama oleh Tuan Guru, ucapan perasmian oleh Tuan Guru kemudian Tuan Guru merasmikan pameran ulama dengan diiring Ustaz Mohd Nor wakil PERSATUAN ULAMA KEDAH dan Ustaz Azmi Musa(ketua Ulama Pas Sik). Selepas itu Tuan Guru membaca Doa dengan diaminkan oleh lebih kurang 3000 lebih pelajar yang hadir hari itu. Tuan Guru menurunkan tanda tangan perasmian dengan disaksikan oleh Helmi (ketua PPPT).

Alhamdulillah berkat itu maka PPPT berdiri teguh dan bernadi untuk meneruskan perjuangan menyebar dan mempertahankan Agama Allah dan mempertahankan Sunnah Rasullullah dan dalam masa yang sama mengangkat martabat Ilmu dan Ulama seiring mengikut keadaan semasa dan mengikut kesesuaian masyarakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan