Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Jumaat, 9 September 2011

Ziarah Mahabbah Ulamak Kedah - Syawal 1432


Alhamdulillah dengan taufiq Allah SWT memberi kekuatan kepada kami , atas kesatuan hati kami beberapa orang sahabat Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh Musa -Sik Kedah
sekali lagi mengadakan ZIARAH MAHABBAH ULAMA PONDOK KEDAH .
Diatas satu tujuan dan satu matlamat kami menziarahi Ulama kerana ingin beramal dengan Hadith yang menuntut supaya memanjangkan silaturahim dan atas dasar Cinta kepada Ulama Pewaris Anbia .

Tujuan saya menceritakan disini bukan untuk tunjuk-tunjuk , tetapi hanyalah untuk perkongsian dengan saudara-saudara yang jauh disana agar berminat untuk menyertai Program seperti ini bagi mengambil menafaat dari ulama yang berusia lanjut .
Tujuan saya agar mengemarkan dan menaikkan semangat saudara yang lain agar kita dekati ulama Pewaris Nabi SAW . 

Kami memilih mendahului ziarah Ulama Pondok yang berusia tua kerana masa inilah kita perlu menafaatkan usia mereka . Permata yang sangat bernilai perlu direbut segera sebelum ia hilang .

Ziarah kali ini bermula pada hari Ahad - Isnin 6 Syawal hingga 7 Syawal 1432 .
Kali ini masa terbatas , Alhamdulillah kami sempat ziarahi 5 Orang Ulama Pondok
dan 9 Makam Ulama yang masyarakat ikhtiraf mereka sebagai wali .

Hari ini RABU 9 Syawal 1432 atas persetujuan Syeikhuna Tn Guru Hj Abdul Karim Pondok Dala Fathani Thailand maka , INSYALLAH andai Allah izin satu SEKRETARIAT MAHABBAH ULAMA PONDOK akan ditubuhkan bagi mengatur Majlis Ilmu Ulama Pondok . Doa saudara amat diperlukan selain sokongan yang berbentuk lain . Ia bertujuan untuk mengembalikan semula kegemilangan ilmu Pondok yang makin dilupakan ummat sekarang .    

Walaupun kami hanya memilih motor dari kereta kearana ia lebih santai , hujan membasahi baju dan tubuh , ia sangat manis buat kami semua kerana Allah menyatukan hati kami dengan semangat cintakan ulama , kami sanggup bermujahadah demi mendapat keberkatan dan keredhaan Allah .
.........................INSYALLAH saya masukkan gambar kenangan terlebih dahulu , ikuti cerita manis dari pengelaman pertemuan antara ulama -ulama , banyak cerita mereka yang mereka kongsi dengan kami dan banyak juga nasihat mereka . Doa agar saya diberi taufiq , Istiqamah  dan diteguhkan iman agar mudah bagi saya meneruskan perjuangan berdakwah diruang ini dan di medan luar...
................................
 Ziarah Tn Guru Hj Ahmad Kuala Nerang . Beliau berusia 86 tahun . Menantu PAK CHU HIM GAJAH MATI dan merupakan anak saudara PAK DA EIL MAKKAH ( Syeikh Ismail Fathani) 





Ziarah Tn Guru Hj Abdullah Bukit Lada
Tn Guru merupakan ualam pondok yang wara dan sangat memberi penekanan kepada ilmu fekah .
Beliau merupakan murid BABA HUSSIN SURAT MAKKAH , SYEIKH KARIM BANJAR


Ziarah PAK NJANG IZUDDIN Gajah Mati
Beliau merupakan ulama HADITH dan Nahu
Beliau anak kepada Allahyarham PAK CHU HIM GAJAH MATI
Sekarang beliau memegan amanah PAK CHU HIM untuk teruskan perjuangan memyampaikan ilmu agama dan menghidupkan pondok Gajah Mati

 Kitab Allahyarham PAK CHU HIM tepelihara rapi dibawah peliharaan PAK NJANG - TN GURU HJ IZUDDIN
 MAKAM PAK CHU HIM


 Ziarah Tn Guru Hj Jusuh Pendang . Beliau merupakan murid Tn Guru Hj Abd Rahman Guar Kepayang
Beliau terjuan dalam bidang dakwah dan perbomohan Islam

Ziarah Tn Guru Hj Sobri Jitra
Beliau merupakan murid ALLAHYARHAM TUAN GURU HJ HASYIM PASIR TUMBOH
 Baba Syed Wara , Pak Lang Zakaria Alor Janggus .
Beliau ulama pelapis Pondok yang Istiuqamah dan wara .


Jejak Ulamak mencari Khazanah Ulama Silam Makkah bersama Tn Guru Hj Abdul Karim Pondok Dala Fathani


 Tn Guru Hj Abdul Karim / BABA KARIM Pondok Dala Fathani hari ini Rabu 7 Sept 2011 menziarahi Tn Guru Pondok sekitar Kedah yang pernah belajar bersama Ulama Mukhtabar Makkah didalam Masjidil Haram seperti Syeikh Qadir Mandili , Syeikh Ismail Fathani , Syeikh Karim Banjar dan lain-lain . Tn Guru Hj Abdul Karim hari ini jelajah Pondok sektar Kedah .
Alhamdulillah sempat bertemu TN GURU HJ AHMAD KUALA NERANG , TN GURU HJ ABDULLAH BUKIT LADA , TN GURU HJ IZUDDIN (Pak Njang Izuddin) dan bertemu dengan murid rapat Allahyarham Tn Guru Zakaria Alor Janggus iaitu Pak Long Zuhair
Bersama Tn Guru Hj Abdullah Bukit Lada 


Bersama penyimpan Khazanah TN GURU HJ IBRAHIM (PAK CHU HIM GAJAH MATI) iatu Tn Guru Hj Izuddin ( Pak Njang Izuddin)




 Makam Ayah mertua Pak Chu Him iaitu PUSARA TN GURU HJ MOHD RUBAT 
 MAKAM SYEIKH MOH SHORIR (pengkaji sejarah ulama nusantara)
 PUASARA PAK CHU HIM GAJAH MATI PENDANG

 BERSAMA TN GURU HJ IZUDDIN DIHADAPAN RUMAH ALLAHYARHAM PAK CHU HIM

 KITAB TN GURU HJ AHMAD KUALA NERANG

MURID TN GURU HJ ZAKARIA ALOR JANGGUS ( Pak Long Zuhair) 

9 Makam wali dan ulama sempat diziarahi dalam Program Ziarah Mahabbah Ulama Pondok - Syawal 1432H


ZIARAH MAKAM TN HUSSIN KEDAH (WALI ALAM MELAYU YANG SANGAT DIKENALI)

ZIARAH MAKAM MUFTI KEDAH






Ziarah Makam PAK CHU HIM GAJAH MATI PENDANG




Ziarah makam Ayah mertua PAK CHU HIM iaitu
Tok Ayah Dol @ Doi atau Tuan Guru Haji Ismail Che Dol bin Musthafa Al Fathani

 ZIARAH MAKAM SYEIKH HAJI WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH




Ziarah Makam Mursyid Diraja Tn Guru Dato Hj Tajuddin Pondok Melele
Beliau merupakan ulama yang sangat rapat dengan SYEIKH YASSIN FADANI


 ZIARAH MAKAM SYEIKH AL JARUMI
 Wali alam melayu yang dikenali berasal dari Fathani Thailand


Makam anak Allahyarham Pak Chu Him iaitu Tn Guru Hj Mustafa ( Pak Ngah Pa Gajah Mati)

ZIARAH MAKAM SYEIKH NIK MAT DERANG