Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013
Isnin, 19 Ogos 2013
Isnin, 12 Ogos 2013
TUAN GURU HJ. ISMAIL BIN OMAR ( BABA EIL ) FATHONI DARUSSALAM
BIOGRAFI TUAN GURU HJ. ISMAIL BIN OMAR ( BABA EIL )
Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.
Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik..
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.
Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).
Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan ).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan..
Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar.
Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.
Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan )..
Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.
Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.
Antara kata-kata dan pesanan Baba Eil ialah,
__________________________________
kita sebagai{tolibul ilmi} penuntut ilmu, haruslah memperkemaskan ilmu akidah kita..Jauhilah kita dari iqtiqod akidah yang salah yakni iqtiqod yang selain dari iqtiqod ahli sunnah waljamaah..akidah kita ahli sunnah waljamaah,sesungguhnya ALLAH itu tidak menyamai sekalian makluk..
yakni ALLAH yang menciptakan sesuatu,dan akal kita yang waras mengatakan bahawa ALLAH tidak berhajat pada sesuatu,tetapi setiap sesuatu yang berhajat pada ALLAH.
ALLAH itu tidak beranggota{tidak mempunyai tangan,mata dll}
ALLAH tidak mempunyai mata tetapi ALLAH maha melihat,ALLAH tidak mempunyai tangan,tetapi ALLAH maha berkuasa atas setiap sesuatu..
firman ALLAH subhanahuwataala,
dalilnya laisa kamislihi syai,wahuassamaiulbasir
yakni ALLAH itu tidak menyerupai sekalian makhlu{tidak beranggota dan sebagainya}tetapi ALLAH maha melihat dan maha berkuasa atas setiap sesuatu.
Kematian ulama Sunni yang penuh Husnul Khatimah - Baba Mid Pondok Seligi
Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi , pemergian mu penuh HUSNUL KHATIMAH
PERKONGSIAN cerita pemergian tokoh ulama Ahli Sunnah Tuan Guru Hj Abdul Hamid Pondok Seligi yang penuh mengembirakan , pemergian yang dicita -citakan oleh seluruh orang beriman iaitu Husnul Khatimah ... SUBAHANALLAH .
Moga Allah satukan roh beliau dengan roh Anbia , Solihin , Syuhada dan bersama roh orang beriman . Moga roh kita bersama dihimpunkan bersama roh mereka amin Ya Rabb.
4.7.2013
Sejarah kembalinya seorang aulia iaitu Tuan Guru / Baba Haji Hamid Pondok Seligi ke Rahmatullah , pada 4.7.2013 hari Khamis malam Jummat ,Jumaat terakhir Syaban .
Saya ( Helmi Assyafie) mendapat sms berkaitan nazak Baba Mid ( Tuan Guru Hj Abdul Hamid Seligi ) dari siang hari Khamis 4.7.2013 itu , saya sangka tiada apa-apa berlaku dan hanya berdoa agar Allah panjangkan usia baba Mid , saya pun rasa biasa sahaja la sebab baba dah lama sakit (strok) .
Takdir Allah , Allah lebih menyanyangi Tuan Guru Hj Hamid Seligi , maka saya mendapat berita pemergian
Baba Mid Seligi dari setiausaha pondok Seligi iaitu Usta Shah . Setelah mendapat sms selepas solat maghrib hari Khamis malam Jumaat maka saya terus tersa sebak hati , sedih teramat sangat dengan pemergian tokoh ulama ahli sunnah wal jamaah yang sangat kuat berjuang demi Islam dan ahli sunnah .
Saya terus hebahkan berita pemergian baba ke Rahmatullah melaluai blog , facebook dan sms kepada sahabat-sahabat .
Saya terus ke Majlis Lantunan Mahabbah semperna menjelang Ramadhan anjuran PAKSI dan Darul Hadis , setelah saya hebahkan berita ini dalam internet saya ke majlis Lantunan Mahabbh bersama keluarga mertua .Alhamdulillah saya menulis surat kepada penganjur agar para hadirin yang hadir hadiahkan Al Fatihah kepada roh Baba Mid . Alhamdulillah pihak penganjur menunaikan hasrat itu , ribuan orang sedekah Fatihah kepada baba Mid pada malam itu di Stadium Suka Menanti .
PEMERGIAN YANG INDAH.
Menurut cerita setiuasaha Pondok Seligi , Ustaz Shah semasa saya dan sahabat pondok ziarah pusara Allahyarham Tuan Guru / Baba Hj Abdul Hamid , Baba mula tenat pada waktu asar hari khamis . Ahli keluarga dan murid terdekat berkumpul dan bersama baba . Apabila diajar talkin " LA ILAH HA ILALLAH " maka baba akan sebut lengkap " LA ILAH HAILALLAH MUHAMADUR RASULULLAH " siap dengan huraikan maksud , ini pemberian ALLAH kepada baba , walaupun lama telantar di atas katil disebabkan strok tetapi Allah jaga akal baba dan Allah beri kekuatan fikiran kepada baba hingga masa sakit dan nazak baba masih mampu mengajar orang lain .
Ini semua pemberian ALLAH berkat Istiqamah baba dengan ilmu dan perjuangan .
Pada petang itu juga isteri Tuan Guru Haji Hamid Seligi lebih dikenali dengan panggilan Mama dari kalangan pelajar pondok menceritakan ,BABA kata kepada Mama " Mek nampak tak RASULULLAH mari jumpa (ziarah) ba (Baba Abdul Hamid ) ni"dua tiga kali baba ulang perkataan itu . Mama ingin menjaga perasaan baba masa nazak itu kat " eemmmm ya la " sebab yang nampak baba bukan mama - kata isteri Guru
SUBAHANALLAH ......RASULULLAH hadir dipenghujung hayat pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi .Semasa itu Baba minta supaya mama angkat badan baba sebab tak sampai tanggan nak bersalaman dengan Rasulullah ....ALLAH , baba sahaja yang nampak orang lain tak nampak kata mama dan mama yakin baba cakap tidak pernah dusta pada mama memeng sahih itu Rasulullah seperti dakwaan baba semasa nazak .
Gambar BABA serta MAMA (isteri Baba Mid )
Semasa masuk waktu Maghrib , azan dikumandang maka murid rapat dan sebahagian ahli keluarga ke surau di hadapan rumah baba untuk solat Maghrib berjemaah , baba tengah nazak teruk ,semasa itu disisi baba ada mama (isteri baba ) dan anak baba , semasa jemaah sedang solat maghrib maka malaika datang jemput roh baba dengan keadaan baba sangat tenang dan sempurna mengucap kalimah mulia LA ILAH HAILALLAH ......maka nafas baba keluar dengan tenang . Masyallah......pergilah seorang aulia menemui tuhan yang mengasihinya . AL FATIHAH
dari maklumat yang saya(Helmi Assyafie) kenali Baba dari jauh .
Tuan Guru / Baba Mid berasal dari Fathoni Darussalam
dan merupakan perjuang Fathoni , Baba tidak boleh balik Fathoni disebabkan baba diburu dan dikehendaki oleh kerajaan Thailand .
Baba berjuang bersama perjuang kemerdekaan Fattani lebih kurang hampir tiga tahun dalam hutan menentang Siam . Baba merupakan murid kepada Syeikh Hj Sulong Fathoni yang mati syahid dibunuh siam dan dihumbankan jasad beliau ke dalam laut .
Semasa berjuang dalam hutan Baba pernah ditembak siam tetapi ALLAH memelihara baba peluru yang kena serban baba jatuh titepi badan baba , peluru tidak masuk dalam kepala Baba , SUBAHANALLAH
Semasa di Malaysia baba membuka pondok dan berjuang dalam medan dakwah seumur hayat beliau .
Baba kuat memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah terutamanya didalam bidang Tauhid .
Baba dihujung hayat berpesan kepada murid-murid yang ziarah beliau " Belajar tauhid sungguh-sungguh , belajarlah tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah"
Baba Hj Abdul Hamid juga kuat memperjuangkan PAS di Kelantan bagi memstikan pemerintahan negeri dan negara diterajuai oleh perjuangan Islam . Manhaj Pondok Seligi Kelantan sealiran dengan Pondok Sik Kedah .
Beberapa wasiat baba Mid Seligi
1. Masa baba meninggal kebumikan baba di dalam kawasan pondok berhadapan pintu gerbang pondok
2. Tuan Guru Nik Aziz sebagai imam solat jenazah beliau
Sewaktu saya ziarah baba kali terakhir pada bulan November 2012( saya bersama 3 buah bas dari Kedah ziarah baba) http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html, saya bertanya soalan kepada baba " apa pendapat baba tentang Tuan Guru Nik Aziz , ada segelintir ulama pondok yang tentang beliau " , maka baba jawab " jangan kira sangat lah sedikit sebanyak tu (masalah selisih pandapat) payah (susah ) nak cari serupa (seperti ) nik Aziz tu , pemimpin soleh , baik , adil lagi , wali lagi " kata beliau .
GAMBAR KENANGAN TUAN GURU / BABA HAJI ABDUL HAMID PONDOK SELIGI r.a.
Tuan Guru Nik Aziz semasa menjadi MB Kelantan sering ziarah Tuan Guru Hj Abdul Hamid
Ziarah akhir saya dan sahabat dari Pondok Sik Kedah dalam rangka program Ziarah ulama " Kembara Ilmu Mendekati Ulama tahun ke 3 anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ) pada bulan Novembetr.2012 http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html
KENANGAN ZIARAH PUSARA ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL HAMID SELIGI
Pada 23.7.2013
Bersamaan 14 Ramadhan 1434
Asar hari Selasa
dalam rangka turun Kempen PRK Kuala Besut
Kenangan Ramadhan 2013 tahun ini ziarah KELANTAN dan TERENGGANU
AJK PPPT turun bantu kempen PRK Kuala Besut
PRK Kuala Besut Terengganu dalam Kenangan
Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Hari ini 15 Ramadhan 1434/2013
Saya (Helmi Asyafie ) serta sahabat Pondok Ar Rahmaniah serta Pondok Pasir Tumbuh
ke Kuala Besut bagi membantu kempen PRK Dun Kuala Terengganu
RAMADHAN
kali ini sangat bertuah kerana ia merupakan tarbiah yang terbaik buat kami di Pondok Sik
kerana kami diberi kesempatan oleh Allah mengikuti Daurah Pengajian kitab Tauhid selama sebulan Ramadhan dan lebih menarik kali ini kami dapat bergabung tenaga antara pondok Kedah Kelantan bagi membantu kempen PRK Dun Kuala Besut .
Ramadhan lebih manis dengan semangat perjuangan yang ditiup dan dapat diperjuangkan di medan PRK Kuala Besut bagi menterjemahkan kemanisan Iman dan perjuangan demi untuk Islam Tercinta .
Alhamdulillah kami telah sampai Pondok Sik malam ini bagi mengikuti kuliah Tuan Guru Hj Salleh Musa esok jam 8 pagi .
Keputusan pilihanraya memihak kepada BN malam ini .
Tidak ada istilah kalah dalam kamus perjuangan Islam .
Kami langsung tidak kecewa dengan keputusan ini kerana mejoriti BN makin menurun dalam PRK menunjukan semangat Ramadhan merupakan kekuatan bagi perjuangan Islam , BN mereka belanja ratusan juta sedangkan PAS hanya berdoa bermunajat , segala kekuatan dunia memihak kepada BN , sedangkan PAS hanya ada doa munajat dalam masa itu pun PAS masih mampu kurangkan mejoriti undi BN .
Niat kami ke PRK Kuala Terengganu bukan niat nak kemenagan tetapi kami ingin keredhaan ALLAH ,
dari awal kami berkata " Kita mai (datang) Kuala Besut bukan nak menang kerana kita PAS jika menang Alhamdulillah ia adalah pertolongan Allah , kita tak menang kita PAS tidak pernah kalah hanya Allah tangguhkan kemenangan , kita mai (datang) kerana tanggungjawab perjuangan Islam dan kita nak (ingin) Keredhan ALLAH .
ALHAMDULILLAH
sempat Subuh bersama Tuan Guru Nik Aziz dan sempat dengar tazkirah serta bertemu Tuan Guru .
Doakan kesihatan Tuan Guru Nik Aziz .
Sekarang beliau banyak rehat dan habiskan masa dengan abdikan diri kepada Allah .
CHE LONG calon PRK Kuala Besut
Buka bersama sahabat Pondok Sik dan Pasir Tumbuh
Tuan Guru / Baba Mad Pasir Tumbuh turun kempen PRK Kuala Besut
walaupun usia lanjut , tengah malam jam 1 malam Tuan Guru masih semangat berkempen
ZIARAH
PUSARA TUAN GURU HAJI ABDUL HAMID SELIGI
Seorang pak cik ni merupakan ahli kuliah pondok sik, datang Terengganu naik motor sahaja , Masyallah semangat pak cik ni seorang diri datang , dibulan Ramadhan sanggup naik motor dari Kedah demi perjuangan Islam
Bersama Imam Masjid Landai Sik
Langgan:
Catatan (Atom)












