Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Ahad, 12 Jun 2011

Allah permudah jalan ke syurga bagi pencinta ilmu



ISLAM meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini terbukti dengan penurunan wahyu pertama iaitu arahan, ‘Bacalah!’.
Ibnu Kathir menerangkan, ayat itu adalah rahmat Allah kepada hamba-Nya, sekali gus menjadi nikmat pertama diberikan kepada manusia. Dalam ayat itu termuat peringatan mengenai kejadian manusia yang berasal daripada segumpal darah.


Antara kemurahan Allah juga, manusia diajar ilmu yang tidak diketahui mereka. Allah memuliakan hamba-Nya dengan ilmu yang diberikan. Inilah antara sebab mengapa Nabi Adam lebih mulia daripada malaikat.
Ada kala ilmu itu berada dalam fikiran, secara lisan dan juga penulisan. Memperoleh ilmu melalui akal, lisan dan tulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu.
Oleh itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan kalam. Dia mengajar manusia kepada apa yang mereka tidak tahu.” (Surah al-Alaq, ayat 3-5)
Dalam Sunan A-Darimi, bab Min Rukhsatil Kitabil Ilm dinyatakan: “Ikatlah ilmu itu dengan tulisan.” Kemudian disebut juga: “Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya, Allah akan mewariskan apa yang mereka tidak tahu sebelumnya.”
Selain itu, banyak hadis yang direkodkan daripada Nabi Muhammad SAW mengenai kepentingan dan keutamaan ilmu. Daripada Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap seorang Islam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
Ketinggian dan kepentingan ilmu terbukti apabila dikatakan bahawa dengan menuntut ilmu maka jalan ke syurga akan menjadi mudah. Ini adalah janji Allah melalui nabi-Nya dan kita wajar mengejar peluang itu.
Begitu juga dengan jelas Rasulullah menerangkan penting dan besarnya sesebuah majlis ilmu dengan merujuk kepada sabda yang bermaksud: “Sesiapa pergi ke masjid hanya bagi mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka dia akan dapat pahala ibarat orang yang buat haji secara sempurna.” (Hadis Hasan, Sahih Al-Tarhib wal Targhib)
Selain daripada belajar ilmu seperti mana disarankan oleh Allah dan Rasul, orang Islam juga wajib mengajar orang lain apabila sudah cukup syaratnya.
Hal ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Mas’ud yang bermaksud: “Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Pelajarilah ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah pelbagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara difardukan, yang mereka tidak dapat seorang pun boleh menyelesaikan perkara diperselisihkan itu.” (Hadis riwayat Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

BIODATA HABIBUNA NAQJAMUDIN BIN OTHMAN AL KHIRID




Nama Beliau Adalah NAJAMUDDIN BIN OTHMAN BIN MOHAMMAD BIN JA'FAR BIN ALAWI BIN HUSSIN BIN ALI BIN SULAIMAN BIN ABDULLAH BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI AL-KHERED BIN MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABDULLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD AN-NAQUIB BIN ALI AR-RIDHA BIN JA'FAR AS-SHODIQ BIN MUHAMMAD AL-BAQIR BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALHUSSIN BIN ALI KARAMALLAHU WAJHAH SUAMI FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI RASULILLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.

Pendidikan

  1. Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya sehingga darjah 6.
  2. Muar High School hingga tingkatan 3.
  3. Setelah itu melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mahaad Ariyadh (Indonesia).
  4. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Kedah.
  5. Seterusnya melanjutkan pengajian beliau ke Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah.
  6. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan mendapat M.A dalam bidang Usul Fiqh.

Kerjaya

  1. Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahagian Pengajian Islam selama 4 tahun.
  2. Sekarang menyandang jawatan Mudir di Madrasah At Tazkiah Cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Karangan dan Terjemahan

  1. Kitab Tazkirul Mustafa (Habib Altas Al Habsyi).
  2. Sabil Rasyad wa Hidayah ( Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi).

BIODATA HABIBUNA ALI ZEINAL BIN ABU BAKAR AL HAMID





Al-Habib Ali Zeinal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid saat ini sedang mendapatkan PhD ofArts dalam Al Quran dan Sunnah pengajian di IIUM, Malaysia.

Berikut ini adalah sejarah singkat dari latar belakang pendidikan Al-Habib Ali:

1990 - Sekolah Menengah Pertama (Yayasan Pesantren Indonesia, Islam)
1992 - Pengajian Terperinci dalam Bahasa Arab (LP Bahasa Arab Kuala Lumpur)
1995 - Khusus Studi di Fiqh (Mustafa Al Dar, Yemen)
1997 - Menengah Tinggi (Universiti Al Azhar, Mesir)
2001 - BA dalam Undang-Undang Islam & Undang-undang (Tafsir) (Universiti Al Azhar,Mesir)
2006  M.A dalam bidang Al Quran dan Sunnah (IIUM, Malaysia)

Berikut ini adalah sejarah singkat pengalaman mengajar Al Habib Ali:

Lebih dari 2  tahun mengajar Bahasa Arab di Masjid Al-Akram di KL, Malaysia.
2 tahun mengajar Tafsir di Wangsa Melawati dan Al Faizin masjid di KL.
3 tahun mengajar Fiqh di pelbagai masjid di sekitar KL dan Selangor.
4 tahun sebagai guru selama belajar di Mesir.

KENANGAN PROGRAM PERWAJA BERSAMA ULAMA ( Syeikh Abdul Rahman bin Ali)




 






 

Hilang nikmat hidup di dunia jika zalim sesama insan



KETAATAN kepada Allah dapat digilap dengan adanya pelaksanaan lengkap untuk memastikan ubudiyyah serta pegangan mantap kepada Allah sentiasa terlaksana dalam kehidupan manusia seperti memelihara rukun Islam yang lima.
Sesungguhnya kemaksiatan serta dosa memberi kesan buruk kepada pelakunya bersesuaian dengan dosa serta kemudaratan dilakukan dan antara dosa besar diharamkan Islam ialah kezaliman terhadap manusia lain.
Katanya, mereka yang zalim menerima nasib malang kerana kezaliman merosakkan amalan dilakukan serta menghilangkan nikmat Allah di dunia dan akhirat.
“Oleh kerana sifat zalim mengundang kemudaratan besar, maka Allah meletakkan pengharamannya pada zat Allah sendiri,”
Hadis Qudsi menyebut: “Wahai hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan sifat zalim pada diri-Ku, justeru Aku mengharamkan ia dilakukan sesama kamu. Maka, jangan sekali-kali kamu melakukan kezaliman.”
Sifat ini milik mereka yang lemah dan tidak bertamadun. Allah teramat sunyi daripada sifat demikian. Diharamkan sesama manusia demi menjaga agama, kehidupan serta memperbaiki hubungan sesama manusia seterusnya memelihara hubungan dengan Allah.
Sifat zalim boleh memberi kesan kepada kemakmuran hidup manusia selain mengundang kemurkaan Allah dan boleh menyebabkan kemusnahan dalam sekelip mata.
Zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya jelas menunjukkan pertentangan dengan apa yang disarankan agama.
Beberapa kezaliman yang dilakukan manusia ialah:
Kezaliman yang tidak diampunkan Allah kecuali dengan bertaubat iaitu syirik. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik sedangkan Dia akan mengampunkan dosa lain kepada siapa yang di kehendaki. Sesiapa yang syirik adalah kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 116)
Kezaliman dilakukan antara hamba dan Tuhannya iaitu perkara yang lain daripada syirik di mana Allah akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka yang dikehendaki atau dihilangkan dosa dengan kecelakaan terhadap seseorang seperti kemalangan atau musibah.
Penyucian dosa ini juga dapat dirasai melalui azab kubur, syafaat Nabi SAW atau diletakkan di dalam neraka buat seketika.
Kezaliman yang dilakukan sesama manusia tidak dapat diampunkan melainkan dimaafkan oleh mereka yang dizalimi.
Sabda Rasul SAW yang bermaksud: “Hendaklah dikembalikan hak mereka yang dizalimi sebelum datang hari kiamat di mana segala kebaikan orang yang zalim akan di berikan kepada mereka yang dizalimi seterusnya mengheret mereka ke neraka.”
Kezaliman ini juga termasuk pembunuhan sesama manusia, mengambil harta benda orang lain dan memutuskan silaturahim, melakukan penderhakaan kepada ibu bapa, mencetuskan pergaduhan serta mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Demikianlah besarnya akibat zalim terhadap seseorang sehingga Allah tidak pernah leka terhadap kezaliman yang dilakukan. Firman Allah bermaksud: “Janganlah kamu menyangka Allah lupa terhadap kezaliman yang dilakukan.” (Surah Ibrahim, ayat 42)

Program Tarbiah Membentuk Pemuda Soleh (Peringkat Daerah Sik , anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tn Guru Hj Salleh- siri 1)












Nantikan gambar program yang lebih menarik Insyallah 

SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH. Ulama Damsyik, Syiria



SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH
  • Lahir pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria .


  • Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yg seorang alimah.


  • Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).


  • Mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy. kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir 'Atthoniy dan ramai lagi.


  • Meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir .


  • Diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra' pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya.


  • Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .


  • Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seleruh dunia amnya .


  • Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas .. lihat gambar di bawah :


  • Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.


  • Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii'


  • Giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .


  • Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya , khususnya untuk al-Quran