Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Isnin, 23 September 2013

Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailan secara besar- besaran dapa 2013

Persatuan Pelajar Pondok Tauhid  Kedah bersama anjur Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand dengan Kofiyah Al Barakah 


Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand Muqadimah Kembalikan Kekuatan Ahli Sunnah


ULAMA PONDOK MALAYSIA FATHANI 
SEDANG BERSELAWAT 
KETIBAAN ULAMA FATHANI 
MUNAJAT ULAMA 
ulama muktabar sedang bermunajat 
SOLAT HAJAT , BARISAN ULAMA DI SAF HADAPAN BERMUNAJAT AGAR SISTEM PONDOK DAN AHLI SUNNAH TERUS MAJU DAN TETAP DIPERTAHANKAN

( Tuan Guru Hj Abdul Karim selaku amir Jamiyyah Ulama Fathani bersama Ust Ahmad Tarmizi selaku pengarah program dan Helmi Assyafie Pondok Sik Kedah sebagai Tim Pengarah Program) 

KESIMPULAN
YANG DAPAT DINYATAKAN DARI 
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434 
DAN
 HIMPUNAN ULAMA THURATH MALAYSIA THAILAND 
7-9 FEB 2013 
ADALAH 
KITA KEMBALIKAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 
BERSAMA 
ULAMA PONDOK ASIA 
DENGAN CARA INI SAHAJA KITA DAPAT KUATKAN AHLI SUNNAH DI ASIA DAN SELURUH DUNIA. 
-Pandangan Helmi Assyafie ( Tim Pengarah Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand )

Hasilan menafaat dari asbab majlis ini : 
1. Dapat hayati Mahabbah Rasulillah dengan cara yang sebenar mengikut 
penghayatan yang dianjurkan Ulama  Ahli Sunnah 
2. Dapat rapatkan silaturahim antara ulama Thailand dan Malaysia 
3. Dapat merapatkan hubungan masyarakat dengan ulama 
4. Ramai anak muda yang istiqamah mengikuti kuliah dari hari pertama hingga hari ke 3 program
menunjukkan masa hadapan pelapis anak muda makin cerah untuk 
Ahli Sunnah dan Pondok menguasai masyarakat 
5 . Membina kekuatan Ahli Sunnah 
6 . Membina kembali kekuatan Pondok yang pernah berada dalam era kegemilangan pada suatu ketika dahulu 

Untuk kuatkan Ahli Sunnah Wal Jammah tidak ada jalan lain kecuali 
Tuan -Tuan Guru Perlu bersatu sesama mereka , Pondok bersatu sesama mereka 
Insyallah Ahli Sunnah akan kembali berkembang seperti dizaman kegemilangan \kepimpinan Rasulullah 
dan daulah kerajaan Othmaniah .

PONDOK KEDAH DAN JAMIYYAH ULAMA FATHANI 
AKAN BERSATU DEMI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH .

{Dalam perbincangan antara wakil ulama Fathani dan Malaysia saya bagi mewakili  PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID PPPT-KEDAH , akan bertanggungjawab bekerja keras untuk pastian Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Pondok- Pondok terbela dan terus subur sebagai sistem yang bernafaat mentarbiah jiwa ummah yang terbaik - Helmi Assyafie Pondok Sik}

KENANGAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HIMPUNAN ULAMA THURATH MALAYSIA THAILAND 

Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand sempena Maulidur Rasul 1434 PPPT bersama Kufiah Al Barakah kerjasama jayakan majlis himpunan ulama Pondok Ahli Sunnah


Himpunan Ulama Malaysia Thailand Hari Pertama

Baba Abdul Aziz 
Padang Pusu Fathoni 


BABA ABDUL AZIZ ,PADANG PUSU









Himpunan Ulama Malaysia Thailand hari ke 2

BABA ISMAIL SEPANJANG 



BABA  SYED SOBLA TERENGGANU

BABA SYED SUHAIMI 


BABA ABDUL KARIM DAN BABA ABDULLAH BUKIT LADA








TUAN GURU HJ WAN IZUDDIN , PAK NJANG IZUDDIN







Kenangan Helmi Assyafie ( Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ) , Tuan Guru Haji Abdul Karim Bin Hasbullah ( Pengerusi Jamiyyah Ulama Fathoni ) dan Ust Tarmizi ( Cucu Tuan Guru Hj Yahya Pondok Telok )



















Himpunan Ulama Thurath Malaysia Thailand (Kenangan Hari ke 3)









PENGERUSI PONDOK FATHONI , PENGERUSI PROGRAM DAN PENGERUSI PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID DITEMU BUAL TV ALHIJRAH

BABA ABDUL KARIM 
dalam keuzuran tetapi masih semangat untuk hadir majlis ini







KETIBAAN PARA ALIM ULAMA 









TUAN GURU HJ SALLEH , PIMPIN TAHLIL PERDANA 






DATO MUFTI KEDAH BERSAMA PARA ALIM ULAMA MALAYSIA THAILAND 


MAULID AKBAR 








DATO MUFTI KEDAH 



HELMI ASSYAFIE DAN ZAHIRUL 

















WAKIL ULAMA MALAYSIA 

WAKIL ULAMA THAILAND






Sabtu, 21 September 2013

Catatan dari suara hati seorang insan yang cintakan Ulama.....

Majlis Ulama Thurath

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


"Salam Ustaz, apa kelebihan kita berada dalam majlis ulama?". Ustaz Helmi membacakan kertas soalan yg diterimanya. 

"Siapa yg berada dalam majlis ulama, maka dia umpama berada dlm majlis Nabi.
Siapa yg berkhidmat untuk ulama, umpama dia berkhidmat kepada Nabi. Sepertimana yg kita sedia maklum ulama ialah pewaris Nabi.  Buat muslimin jadilah khadam mereka, berkhidmat kepada ulama, cuba penuhi permintaan mereka. Jangan lupa minta ulama ini mendoakan untuk kita.  Ambillah peluang ini untuk kita mengambil berkat daripada tuan-tuan guru yg akan datang dalam majlis nanti". 
Ustaz menjelaskan persoalan tersebut.

MasyaAllah, berkobar-kobar perasaan masa tu. Teringin sebenarnya untuk dekat dengan ulama. Menadah kitab mendengar kata-kata penuh hikmah dari mereka. 


Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yg dikasihi. Selepas daripada program tamrin pondok yg dibuat di Madrasah Ar- Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh di Sik, Kedah lebih kurang seminggu lebih, Pondok ini mengajak pihak kami untuk menjadi urusetia di dalam program Ijtima' Ulama' Thurath Malaysia dan Thailand sempena majlis Maulidur Rasul berlangsung di Pondok Tuan Guru Hj Yahya. 

Jadi, kami bertolak dari Sik ke Alor Setar. 

Ijtima' Ulama' Thurath Malaysia dan Thailand
Ijtima' ulama bukan calang-calang program. Menghimpunkan lebih 200 ulama-ulama silam yg banyak berjasa dan menjaga warisan ilmu dengan penuh iltizam dan ikhlas pastinya majlis yang penuh barakah dan sangat dirindui oleh buat para pencinta ilmu agama.






Sedikit sejarah pondok hj Yahya.
Pondok Hj Yahya diasaskan dan ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Tuan Guru hj Yahya bin Mt Saman. Beliau bersama rakannya baiknya meneroka kawasan dusun untuk dijadikan pondok. Pd peringkat awal penubuhan pondok ini dihuni oleh warga emas yg tidak ada tempat tinggal. Pertengahan dan akhir 1980an pondok ini mula menerima pelajar luar sehingga menjangkau lebih 200 orang pelajar.


Antara pelajar dari pondok ini telah berjaya membuka pondok ini ialah,

  • Tuan Guru Hj ibrahim (Pondok Lepai)
  • Tuan Guru Hj Man (Pondok Teluk Luar)
  • Tuan Guru hj Ismail (Pondok Kepala Bukit)
  • Tuan Guru Abd Rauf (Pondok Tampin)
  • Ustaz Yusuf 
  • Ustaz Hamid

Sehari sebelum bermulanya program, kami diberikan briefing tentang program ini serta pembhgian tugas masing-masing. Seorang muslimin digalakkan menjadi khadam untuk seorang ulama. Serta pembahagian memasak serta serve peserta yg datang. Muslimat bekerja dalam dapur dan serve peserta muslimat.





Urusetia muslimat dipimpin oleh Kak Busyra, Timbalan Pengarah Program juga merupakan kakak kepada kepada Pengarah Program iaitu Ustaz Termizi .

Saya sangat kagum dengan semangat kak Busyra. Dia berhenti kerja sebagai pensyarah di UM semata-mata mahu membangunkan semula Pondok Tuan Guru Haji Yahya setelah lama pondok ini tidak hidup kerana pondok ini tidak mempunyai tenaga pengajar setelah Almarhum Tuan Guru Hj Yahya meninggal pada tahun 2006. Dia sebagai cucu Tuan Guru bekerjasama dengan adiknya berazam mahu menghidupkan kembali roh sekolah pondok ini,iaitu salah satunya dengan mewujudkan program ini di pondok tersebut.

Siapa jangka sekolah pondok ini yg terletak dalam kwasan hutan boleh dibuatkan program sebesar ini. Saya sendiri terkejut mula-mula memasuki kawasan sekolah pondok ini. Malah, program ini banyak juga sponsor antaranya ialah Buraq Oil. Ada juga promotion dalam radio dan di tv Alhijrah. Malah kak Busyra maklum program ini dirancang 2 minggu sebelum program. Lagi tersentap, Subhanallah!! Sebab kita sedia maklum if nak buat program besar sekurang-kurangnya perancangan dalam 6 bulan sebelum program. Tapi dengan semangat Islam oleh generasi keluarga Tuan Guru Hj Yahya mahu sistem pengajian pondok ini diteruskan. Jesteru, matlamat utama program ini ialah meneruskan kesinambungan warisan ilmu berharga ini.

Hebat bukan?

Tentatif program sangat best, bermula dari pagi sampai malam diisi dengan agenda yg super osem!!
Majlis ini dihiasi dengan qasidah dan solawat yg memuji rasulullah saw. Program ini ada pengajian kitab Pelita Penuntut yg mengajarkan tentang adab2 menuntut ilmu, kepentingan menuntut ilmu serta banyak lagi. 
Pada malamnya diadakan forum Perdana antara tajuknya ialah Rasulullah Sebagai Ikon Sepanjang Zaman, bicara ulama Turath pada malam kedua iaitu 'Mampukah Sistem Pondok Dipertahan' dan malam terakhir ialah Wasiat Ulama. 
Subhanallah!!

Kami sebagai urusetia sememengnya tak sempat nk tadah kitab. Kalut dengan kerja masing-masing. Rasa sedih juga. Kadang-kadang curi masa nk dengar dan catit.  Tapi malam sebelum program, kak Busyra berpesan, "Mungkin kita teringin nak dengar amanat dari Tuan-tuan Guru, nak tadah kitab. Tapi insyaAllah kita yg sedang berkhidmat lebih besar pahalanya. Umpamanya kita berkhidmat kepada Nabi. Cuba sambil2 buat kerja dengar apa yg disampaikan. Mungkin apa yg sedikit kita dengar itu lebih  terkesan dalam hati". 



Kitab Pelita Penuntut

Tiap-tiap pagi sebelum datang bergerak kerja refresh niat. "Aku sedang berkhidmat kepada Nabi". Wah, boleh jadi tersenyum bahagia!!

Boleh antum bayangkan perasaan jika kita berkhidmat kepada Nabi. Bahagia, mesti mahu buat yg terbaik untuk Nabi bukan?..

Seriyes, saya rindu bergerak kerja di pondok itu. Walaupun hanya di dapur dan mguruskan makan minum peserta, tapi tetap rasa bahagia. Moga saya dan sahabat yg hadir dapat barakah dan doa dari ulamak yg datang.



Perkongsian tambahan..

Pernah seorang sahabat kepada ayah imam Assyafie bertanyakan kepada beliau " Bagaimanakah engkau mendidik anakmu sehingga menjadi hebat begini?.
Ayah imam Syafie mengatakan bahawa, setiap kali aku hadir dalam majlis ilmu, pasti aku akan berdoa "Ya Allah, semoga anakku yg dalam kandungan ini (Imam Assyafie)  menjadi hebat seperti ulama yg sedang mengajar ini mahupun lebih hebat lagi".

Lihat, inilah keberkatan daripada berada dalam majlis ilmu yg adanya para ilmuwan yg mencintai Allah. Doa dimakbulkan. Mjlis ilmu yg disertai dengan malaikat yg akan mengaminkan doa kita. Jadi, apa lagi? Mari kita  mulai berdoa dalam stiap mjlis ilmu yg kita pergi. 



Akhir kalam, Cintailah ulama yg gigih berdakwah. 
Ulama ialah pewaris nabi. Merekalah golongan yg paling berpegang teguh dengan sunnah dan gigih berdakwah menyebarkan sejak dahulu sehingga kini. Para ulama juga adalah golongan yg mulia dengan ilmu dan amal soleh. Allah telah mengangkat darjat ulama yg ikhlas dgn ilmu. Mereka ini mewariskan kitab muktabar dan generasi ilmuwan yg meneruskan lagi legasi dakwah ini.

Moga Allah memelihara ulama ini, sihatkan tubuh badan mereka dan terus menerus melebarkan dakwah kepada seisi ummat Islam supaya mencintai Allah dan Rasul.













# Subhanallah, moga Allah menangkan negara ini dengan kepimpinan ulama. Amin.
   Ana rindu zaman tertegaknya khilafah islamiyah.

Buat sahabat yg ingin mendengar pengisian dari majlis Himpunan Ulama Thurath, boleh buka link ustream berikut, 
Himpunan Ulama Thurath

sumber: http://hanadini.blogspot.com/2013/02/majlis-ulama.html