Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Ahad, 4 Mac 2012

Tn Guru Hj Salleh Rasmi Madrasah Nurul Taqwa bersama Tn Guru Hj Abdullah dan Kiyai Jumhuri semalam 19.2.2012 . Tahniah !



 
 Kiyai Jumhuri , Tn Guru Hj Abdullah Makkah , Tn Guru Hj Salleh Sik Al Makki , Ustaz Hafizan Mudir Madrasah Nurul Taqwa Sedang Berselawat memuji Rasulullah . Tn Guru Hj Salleh dan Tn Guru Hj Abdullah asyik menangis semalam (19.2.2012) mengenangkan Rasulullah ...

         TN GURU HJ SALLEH BIN MUSA merasmikan Madrasah Nurul Taqwa




 Doa Tn Guru Hj Salleh bagi merasmikan Madrasah Nurul Taqwa 
Kenangan bersama Tn Guru Hj Abdullah , Kiyai Jumhuri , Tn Guru Hj Salleh dan Ustaz Hafizan semasa acara kemuncak perasmian Madrasah Nurul Taqwa









Kuliah Habib Umar As Shateri di Kuala Lumpur . 24.2.2012 .



Al Habib Umar As Shateri dalam kuliah beliau setiap jumaat malam sabtu akan membacakan kitab IHYA IMAM GHAZALI , dan kitab Hadits . Alhamdulillah ramai hadiri yang hadir dari pelbagai latar belakang dan keturunan Syed dan Habib ada juga yang begelar Prof , ada juga pakar undang-undang , doktor dan lain-lain , Alhamdulillah barakah rasa penghayatan didalam kuliah habib. 
Pada malam 24.2.2012 Habib membaca bab ke 6 cara guru menyampaikan ilmu pada murid . Habib membaca petikan imam Ghazali : " Guru jangan sampaikan apa yang murid tidak mampu faham , ilmu yang inging disampaikan biar bersesuaian dengan keadaan pelajar , jangan terlalu dalam bahasan kepada orang awam , ini akan mengelirukan ummat sekiranya perkara yang mereka dapat terlalu dalam "
Habib juga sangat menekankan majlis taklim . Beliau sedih dengan keadaan sekarang dengan golongan masyarakat yang meringan-ringankan majlis ilmu . 
Beliau juga memesan supaya kita semua carai guru yang alim yang mengikut jalanan ulama dahulu . 
Sekarang masyarakat kita suka lihat pada pakaian seseorang sedangkan ulama dahulu menilai dari sudut keilmuaan ulama , ulama perlu tegas dan ikhlas - sedikit pesanan dari Al Habib yang mampu ana kongsi diruang yang terbatas ini 



Alhamdulillah dapat hadir kuliah Habib Umar As Shateri di Kuala Lumpur pada 24.2.2012 . Terima Kasih Ustaz Nordin Singapura yang banyak berbudi kepada al fakir dan Ahmad , hanya Allah yang membalas jasa baik Ustaz dan Abang Sufian kerana membantu kami dan mengeluarkan belanja untuk kami ke majlis ilmu yang sangat barakah dan terima kasih kerana memperkenalkan kami dengan ulama di Kuala Lumpur . Ana hanya mapu beterima kasih kerana wajib seorang hamba bersyukur pada hamba atas segala kebaikan , ini adalah tanda Syukur kepada Allah ...Ana hanya mampu merakamkan jutaan terima kasih , moga Allah membalas segala jasa baik Ust Nordin dan diterima sebagai pahala kebajikan di akhirat kelak ameen .

Rabu, 15 Februari 2012

Persatuan Pelajar Pondok Tauhid bersama raikan Majlis Maulidur Rasul SAW , yang berlangsung di rumah Ustaz Nordin Singapura di Johor



Alhamdulillah , Maulid anjuran Ustaz Nordin Singapura di kediaman baru beliau di Johor sangat-sangat meriah dan merasai penghayatan yang luar biasa bagi Al Fakir kerana majlis mulia ini berjaya menggumpulkan ramai ulama tua diantaranya Syeikh Toyib Al Makki Umur 96 , Habib Abdullah bin Alwi umur 88 , Habib Abbas Singapura umur 86 , Habib Sh Ratas dan ramai lagi ulama dalam satu majlis , Majlis beliau ringkas penuh ringkas , Tawaduq , penuh adab dan sangat terasa penghayatan bagi setiap yang hadir 




Habib Abdullah bin Alwi berusia 88, Selaku imam solat jenazah Habib Ali Batu Pahat merupakan tamu khas Ustaz Nordin di Majlis Mulia ini . Habib sedang bagi nasihat khusus kepada pelajar Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah . Nasihat yang sangat bermakna menekankan soal hati . 


Selawat memuji Rasulullah SAW di sepanjang pogram maulid di Rumah Ustaz Nordin .


Habib Abbas Singapura berusia 86 sedang membaca doa penutup majlis . 






Doa dari ulama sentiasa tidak putus putus atas permintaan hadirin yang hadir . 
Al Fakir yang hina menumpang kenangan bersama ulama mulia , permata yang mahal yang masih tinggal sekarang , moga Allah selamatkan mereka dan kita semua ameen . Moga kita tergolong dalam golongan yang ikhlas seperti mereka ameen 

Maulid Hari ke 2 di Johor bersama Ulama Tua .....
Subahanallah , Alhamdulillah atas nikmat yang terlalu indah ini buat diri al fakir dan sahabat Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah .
Terima Kasih kepada USTAZ NORDIN SINGAPURA dan Murid beliau yang sanggup menjemput kami sebagai pengirin Syeikh Toyib Al Makki ke rumah beliau kini di Johor . Moga Allah satukan kita semua yang berada di Majlis Maulid ini di Akhirat bersama Anbia dan Ulama ameen Ya Rabb


Habib Abdullah 88, Syeikh Toyib 96 , Habib Salim 76 , Habib Umar Syatiri Singapura 63 dalam satu majlis . Masyallah , Alhamdulillah sangat syukur kerana Allah izinkan Al Fakir dan sahabat PPPT -Kedah besama dalam majlis Maulid di JOHOR kali ini ...

Habib Umar Syatiri Kuala Lumpur , berusia 63 

Kenangan di Johor
bersama Syeikh Toyib



Kenangan ketua PPPT bersama Syeikh Toyib di Johor

Hari Keberangkatan ke Kedah bersama Syeikh Toyib Al Makki

 Pernikahan Mohammad , murid kepada Ustaz Nordin dengan berwakilkan Syeikh Toyib Makkah
 Berbalas Nasihat , Syeikh Toyib dan Ustaz Nordin maenyampaikan Nasihat yang sangat bermakna untuk teruskan perjuangan . Insyallah saya akan taip segala nasihat untuk peringatan buat ana dan sahabat seperjuangan


TERIMA KASIH USTAZ NORDIN SINGAPURA . HANYA ALLAH MAMU MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN USTAZ PADA KAMI PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID -KEDAH .