Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Jumaat, 21 Disember 2012

Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW 2012 di Kedah


Lantunan Mahabbah Rasulillah di Stadium Kedah , malam ini, jom pakat turun

22.12.12
Malam ini merupakan :
Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah SAW 
di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah 
Ramai Ulama dalam dan luar negeri akan berkumpul . 
Jom kita pakat turun dengan niat Mahabbah Rasulillah kerana Allah...
Pakai pakaiaan putih



Selasa, 18 Disember 2012

Syeikh Ali Soubuni ulama Rabbani


Tn Guru Hj Salleh Musa cerita kehebatan Syeikh Muhamad Ali As Soubuni ...


Alhamdulillah Allah memberi kesempatan dua tokoh ulama bertemu anatara Syeikh Ali As Soubuni berusia 83 tahun bersama Tn Guru Hj Salleh Musa berusia 85 tahun .
Dikesempatan saya bersama Tn Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim dan sahabat Pondok Ar Rahmaniah Sik saya ingin kongsi cerita manis untuk menafaat bersama .

Walaupun Tn Guru Hj Salleh Musa dan Syeikh Muslim padat dengan jadual dakwah tetapi apabila mengetahuai ada pihak mengatur pertemuan antara Tn Guru Hj Salleh bersama Syeikh Ali As Soubuni pada jam 12.30 tengahari maka takdir Allah Tn Guru setuju untuk ke Sungai Petani untuk menemui Syeikh Ali Soubuni di Hotel.
Jam 6,30 petang takdir Allah barulah bertemu dua permata ini .
Syeikh Ali sedang tunggu Tn Guru di kamar hotel beliau . Pertemuan singkat  tetapi penuh bermakna buat dua permata ini .
Syeikh Ali As Soubuni menceritakan kisah pengelaman beliau dan bertukar pandangan bersama Tn Guru Hj Salleh . Mereka masing-masing menceritakan pengelaman belajar dan sebagainya .
Setelah itu Syeikh Ali mula buka isu Syria
Katanya :
"Siapa yang sokong Basyar Assad atau syang Basyar maka dia akan bersama Basyar Assad dalam Neraka "
Syeikh Ali cerita dengan nada sedih dan nada sangat tegas memarahi Basyar menzalimi rakyat .
Ramai ulama dan rakyat terbunuh . Hampir 50 ribu telah dibunuh oleh Basyar Presiden yang menganut fahaman Syiah .
Syeikh Ali As Soubuni telah ditawar oleh Basyar Assad supaya Syeikh Pulang dari Saudi  untuk tenteramkan rakyat Syria , Syeikh ditawarkan keistimewaan oleh Basyar tetapi beliau berkata " Boleh aku pulang ke Syria dengan syarat aku dapat berdepan dengan Basyar dan aku akan kata padanya (Basyar ) kamu zalim , kamu pengkhianat agama dan rakyat"
Syeik mengatakan wajib berjihad menentang Basyar kerana Basyar membunuh dan menzalimi rakyat Syria .
Haram bersama orang zalim, wajib menentang kemungkaran


Selain itu Syeikh berpesan kepada kami murid Tn Guru Hj Salleh .Syeikh berkata
" Kamu semua mesti ada niat untuk berjuang dan mati syahid , jika ada niat walaupun kamu mati ditempat tidur kamu kamu akan dapat pahala syahid "

Tn Guru sangat kagum dengan ketokohan Syeikh Ali As Soubuni
Tn Guru berkata
Syeikh Ali As Soubuni adalah ulama yang ikhlas , ulama yang beramal dengan ilmu dan memiliki karamah , dan Tn Guru Hj Salleh Musa berkata Syeikh Ali As Soubuni merupakan seorang wali .
Tn Guru Hj Salleh menceritakan hal ini berkali-kali dalam kuliah umum di Pondok Ar Rahmaniah
Tn Guru menceritakan pengalaman beliau bersama Syeikh Ali ada pekara pelik yang Allah tunjuk kepada Tn Guru , Masyallah ....Inilah kelebihan ulama yang ikhlas dengan ilmu dan berjuang demi agama 

Dalam ucapan umum Syeikh Ali Soubuni berkata "jika aku masih muda aku akan turun berjihad di Syria!"
ALLAHUAKBAR!!!

Syeikh Muhamad Ali As Soubuni disantuni Penaung dan AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah

Khamis, 6 Disember 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Alor Setar 7 Dis 2012



Himpunan Kebangkitan Rakyat terus bersemarak lagi esok, 7 Disember bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi peringkat negeri Kedah ini akan dimulakan seawal jam dua petang dengan segmen Bicara Wanita Pakatan Rakyat.

Kemudian diikuti persembahan kebudayaan, konvoi dan pidato kira-kira jam tiga petang, dan seperti biasa segmen kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus dijadualkan jam lima petang.

Tujuh malam, para peserta himpunan bersolat Mahgrib, diikuti munajat perdana dan solat Isyak berjemaah.

Selepas itu, sesi ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat diadakan jam sembilan malam.

Antara mereka yang akan menyampaikan ceramah pada malam itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kedah merupakan siri keempat selepas di Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor

Rabu, 5 Disember 2012

Minda Pondok Kelantan adalah ajen UMNO,masyarakat jangan terpengaruh - Pengerusi PPPT Kedah


MINDA PONDOK KELANTAN TIDAK SELARI DENGAN TUNTUTAN DAKWAH -

MINDA PONDOK NEGERI KELANTAN ADALAH PERTUBUHAN KECIL DARI KALANGAN  ULAMA UMNO KELANTAN
Minda Pondok Kelantan berjuang bersama UMNO/BN
Masyarakat jangan terpedaya dengan pertubuhan ini kerana bukan semua ulama pondok Kelantan bersama dengan mereka hanya beberapa kerat sahaja yang dikenal pasti bersama dengan Minda Pondok Kelantan .
Bagi saya orang pondok juga harus bersuara mewaki ulama yang tidak bersetuju dengan Minda Pondok Kelantan , kerana masih banyak pondok tidak kiralah dari Kelantan atau lebih-lebih lagi Pondok Kedah tidak akan redha dengan perjuangan BN/UMNO kerana bertentangan dengan ajaran Islam .


Ramai ulama pondok mejority masih bersama perjungan Islam dibawah PAS, maka sudah menjadi fitrah ada sebilangan kecil sahaja yang bersetuju dan bersama UMNO . Saya bercakap diatas kaedah yang digariskan didalam kitab pengajian Ahli Sunnah , maka saya tidak haira dan tidak getar kepada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan saya . Banyak komen di Facebook  ada yang marah dengan kenyataan ini dan ada yang mencabar dan ugut saya. Saya tetap dengan pendiraian saya dan buat masa terdekat ini saya tidak berniat untuk menarik semula kenyataan peribadi saya ini kerana saya telah mengikuti pandangan dan perjuangan Mejoity ulama muktabar Pondok seluruh Kedah dan Kelantan .Makan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berjuang dan menyampaikan risalah kebenaran . Biar orang marah asalkan kita amanah dengan ilmu biar dicaci maki asalkan kita mengikut jalan keredhaan ALLAH , biar dibenci dan dimusuhi orang asalkan mendapat kasih sayan Allah apabila kita berjuang dengan Ikhlas semata untuk ISLAM bukan ada apa-apa kepentingan dunia

Selasa, 4 Disember 2012

Pengerusi PPPT templak ucapan Najib Razak


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Kenyataan Najib Tun Razak amat mengkecewakan umat Islam Malaysia
kerana Najib Tun Razak menyerang PAS dan Pakatan
dengan isu Aqidah yang tidak selari dengan kaedah agama ...
Ikuti pandangan dibawah ini .

Aqidah Sahih Ahli Sunnah Wal Jamaah

10 Juta Rakyat Mesir sayang Dr Morsi


كلمة د صلاح سلطان فى مليونية الشرعية والشريعة



(Sebahagian rakyat Mesir yang berdemo menyokong Morsi)

KAHERAH: Dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden Mohammed Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak.

Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas.

Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator.

Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden semalam dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan.

Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011.

Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican.

Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru.

Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat.

Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dekat sini, merencatkan rancangan pembangkang.

Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir.

Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan.
MADRASAH AR RAHMANIAH PONDOK TN GURU HJ SALLEH SIK KEDAH MENYOKONG TEGUH KEPIMPINAN DR MORSI .....DOA KAMI SENTIASA BERSAMA RAKYAT MESIR YANG CINTA SYARIAT ISLAM

MESIR SENTIASA DIHATI KAMI DAN SENTIASA BERSAMA DOA KAMI .

Isnin, 3 Disember 2012

Biodata Penaung Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah - Tuan Guru Haji Salleh bin Musa


TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA

Nama Tuan Guru : Salleh bin Musa
No Kp : 291208-02-5075

Pingat : S.D.K
dianugerah pada 25 Muharam 1430
bersamaan 22 Januari 2009

B.K.M
(Tarikh dan tahun tidak dapat dikenal pasti)

Anggota Majlis Agama Islam Negeri Kedah
merangkap Ahli Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah dilantik pada
29 Zulhijjah 1395
bersamaan 1 Januari 1976

Tokoh Pendakwah Kedah 2009

Tokoh Guru Pondokm Kedah 2010

Tokoh Ilmuan Daerah Sik 2011

PENGAJIAN
Sek Keb Sik
Pondok Tuan Hussin Kedah
Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang
Makkah - Darul Ulum tamat sijil kepujian Alyi
dan belajar di Masjidil Haram Makkah

GURU BELIAU YANG MERUPAKAN TOKOH ULAMA ALAM MELAYU
Syeikh Wan Ismail Fathani
Syeikh Yassin Fadani
Syeikh Wan Ibrahim Fathani '
Syeikh Abdul Qadir Mandili

Mengasas Madrasah Ar Rahmaniah pada tahun 1964
Madrasah kini terletak di Seberang Pekan Sik , Sik , Kedah

Isteri
Hajjah Hattiyah bt Hj Hanafi (meninggal pada tahun 1995)
dikurniakan 11 orang cahaya mata
Kini bersama isteri beliau
Hajjah Sofiah Bt Hj Awang

Ahad, 2 Disember 2012

Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah wajib dipelajari setiap individu - Pengerusi PPPT Kedah

Syeikh Ahmad Mamduh Mesir ziarah penaung PPPT Kedah


SYEIKH AHMAD MAMDUH 

Ahli Majlis Tertinggi Fatwa Mesir Ziarah Tn Guru Hj Salleh Musa pagi ini 27.11.2012 
Jam 9.30 bersama wakil Ustaz Yusaini Perlis iaitu Ustaz Nazirul 
Pertemuan hampir satu jam . Majlis ini Tn Guru Hj Salleh dan Syeikh Muslim sempat membahas isu aqidah bersama Syeikh Ahmad Mamduh . Diantara isu yang dibincang adalah isu wahabi , syiah , dan tauhid Rububiyah uluhiyyah asma wa sifat yang mana tauhid ini ditolah terus oleh Syeikh Azhar Mesir , di Mesir Hanya diterima pakai tauhid Sunni Asyaari