Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Ahad, 25 November 2012

10 Muharam 1434


10 Muharam 1434 

Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa sekali bersama masyarakat mengadakan hari khusus untuk majlis penghayatan 10 Muharam 
10 Muharam kali ini lebih bermakna buat warga Pondok Ar Rahmaniah kerana pengisian ibadah sepanjang hari , bermula dari pagi dengan majlis membuat bubur asyura , seterusnya majlis Membongkar Kesesatan Syiah , disebelah petang kuliah khas untuk perjuangan . Majlis berbuka puasa secara jemaah .Disebelah malam pula majlis Munajat Khas untuk Palestin dan Kemenangan Pilihanraya buat Parti Islam  Semalaysia PAS . 
Turut berucap dalam majlis semalam YB Che Uda , Ustaz Bakilani Tim YDP PAS Kawasan , Syeikh Muslim selaku Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah .
Alhamdulillah masyarakat diberi suntikan supaya menghayati 10 Muharam dengan  berpuasa dan 
mendapat pendedahan tentang sejarah Muharam dan 10 Muharam . 

Majlis ini Insyallah akan diteruskan sebagai acara tahunan Madtrasah Ar Rahmaniah . 
Tuan Guru Hj Salleh pagi tadi menyeru supaya 2 Majlis Penting yang pertama Majlis Hari Wukuf dan Hari Asyura dijadikan acara tahunan Madrasah selain perayaan lain seperti Maulidur Rasul SAW , Israq Mikraj , Nisfu Syaaban dan sebagainya mesti diteruskan supaya masyarakat terikat dengan agama dan sentiasa menghayati kehidupan beragama 

Membongkar Kesesatan Syiah di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah , 10 Muharam 2012













Munajat khas sempena 10 Muharam 2012 di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah




















Selasa, 20 November 2012

Sumbangan Lebuh Raya Rakyat oleh wakil Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah mendapat liputan Harakah Daily


Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah beri sumbangan kepada Lebuhraya Rakyat mendapat liputan Harakah Daily

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14705-pondok-tg-haji-salleh-sumbang-lebuhraya-rakyat

Pondok TG Haji Salleh sumbang Lebuhraya Rakyat

Muhammad Faeez Azahar,21 Nov 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sumbangan daripada Pondok Tuan Guru Haji Salleh Sik, Kedah untuk tabung pembinaan Lebuhraya Rakyat.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (PPPT),  Ustaz Helmi di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka selepas Menteri Besar Kelantan itu selesai menyampaikan kuliah subuh baru-baru ini.

Helmi ketika ditemui berkata, sumbangan kira-kira RM5,100 itu dikumpulkan oleh pelajar serta pendokong pondok tersebut yang simpati dengan nasib rakyat Kelantan yang dizalimi oleh BN.



Katanya, pelajar-pelajar bersungguh-sungguh mengumpul sumbangan dengan pelbagai usaha yang dilakukan untuk membantu Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

“Ianya adalah tanggungjawab kami untuk melihat projek untuk rakyat itu berjalan baik.

“Kami ingin bersama-sama membantu Tok Guru agar projek lebuhraya ini dapat disiapkan,” ujarnya.

Pondok Tuan Guru Haji Saleh mengadakan program Kembara Ilmu mendekati Ulama melibatkan 120 pelajar pondok tersebut.

Dikesempatan itu, rombongan singgah menunaikan solat subuh di Masjid Tok Guru dan menyerahkan sumbagan tersebut terus kepada Tok Guru Nik Aziz.

Pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejauh 73 kilometer untuk fasa pertama yang menelan kos RM1.8 juta itu terpaksa dibina sendiri oleh kerajaan negeri berikutan Kerajaan Pusat menarik balik pembinaan lebuh raya Kota Bharu.

Isnin, 19 November 2012

KEMBARA ILMU MENDEKATI ULAMA TAHUNM KE 3 PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH KE KELANTAN


KEMBARA ILMU MENDEKATI ULAMA -TAHUN KE 3 PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH

Bacaan Yassin sebelum mula musafir
.........................

Doa Keselamatan sebelum perjalanan
................................................
Tiba di Kelantan 16.11.2012 
Terus Ziarahi makam Tok Kenali





TOK KENALI








..................................................

PONDOK PASIR TUMBUH KELANTAN








Setelah menziarahi pusra 3 mudir Pasir Tumbuh kami Menziarahi PAK SU MID GUNUNG tetapi tiada ada gambar kenangan bersama beliau kerana beliau ulama sufi tidak suka bergambar hanya ada kenangan di hati moga berkekalan barakah ameen 
............................
Seterusnya menziarahi Tn Guru Hj Abdul Hamid Pondok Seligi 










Seterusnya kami ke Pulau Melaka bermalam di Masjid Tn Guru Nik Aziz dan Alhamdulillah dapat berjemaah bersama Tn Guru Nik Aziz dan mendengar kuliah subuh 








SETERUSNYA KE MAKAM MAULANA TOK KHURASAN ULAMA HADITH GURU KEPADA TN GURU NIK AZIZ , MB KELANTAN

MAULANA TOK KHURASAN ULAMA HADITH



SETERUSNYA MENZIARAHI TOK AYAH MUSA , TUMPAT 



TOK AYAH MUSA TUMAT KELANTAN -ULAMA SUFI







SETELAH ITU MENZIARAHI MAKAM TOK JANGGUT 
PAHLAWAN JIHAD KELANTAN

MAKAM TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN




SETELAH ITU KE MAKAM TOK SELEHOR 
TUMPAT DAN MENZIARAHI KUBUR USLUB TOK SELEHOR

MAKAM TOK SELEHOR




SETELAH ITU KE ISTANA KELANTAN SEMPENA SAMBUTAN MAIK 


Kesimpulan : 
Moga Kembara Ilmu Mendekati Ulama tahun ke 3 ini dapat barakah dari Allah . 
Moga diri ana dan seluruh jemaah yang mengikuti program Jaulan / Kembara kali ini mendapat menafaat dunia akhirat . Bukan bilangan peserta yang ramai perlu dibanggakan sebaliknya ana sebagai pengarah program mengharapkan agar program ini menjadi asbab kepada diri ana dan jemaah yang mengikuti Kembara kali ini dapat memperbaiki agama dan memperbaiki hati untuk terus berjuang untuk Islam dengan lebih semangat dan ikhlas semata- mata kerana Allah ...
Moga program ini menjadi asbab kearah kebaikan dunia akhirat buat diri ana keluarga dan seluruh sahabat ameen....
Alhamdulillah atas semua nikmat yang diberikan , dan terima kasih buat seluruh Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pelajar Pondok Tauhid yang membantu menjayakan program ini . Terima Kasih juga buat adik Irfan dari Maahad Muhamadi dan Abang Man Pasir Tumbuh kerana membantu dan sentiasa bersama menemani dan membantu perjalanan kami. Terima Kasih tidak terhinggan buat Pondok Seligi yang begitu terapi menyusun persiapan menyambut kami sehinggakan sanggup mengorbankan segal-gala demi meraikan tetamu seperti yang dituntut oleh Rasulullah . Malu kami dan mersa sangat kerdil kerana seluruh masyarakat pondok Seligi menunjukkan akhlak yang sanggat tinggi  menyambut kedatangan kami , terima kasih terutamanya Setiausaha Pondok Seli Ust Shah dan Ust Firdaus serta seluruh AJK Pondok .