Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Himpunan Kebangkitan Ulama dan Rakyat di Stadium Suka Menanti Alor Setar 19.10.2013

Rabu, 23 Februari 2011

Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan

 
Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.

"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.

Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.

Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.

Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut.

Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti.

Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Selasa, 22 Februari 2011

Perasmian Gerak Kerja PPPT Oleh Tn Guru Hj Salleh Dan Syikh Hj Taib



                                          Penyampain Cenderahati Kepada Syikh Taib

                          Kenang Kenangan Dengan Tn Guru Hj Salleh & Syeikh Hj Taib

                                            Jamuan Makan Tengah Hari

                                                             AJK PPPT (KEDAH)



                                       AJK PPPT Meaminkan Doa Syeikh Hj Taib



Jumaat, 18 Februari 2011

Protes Bahrain kejutkan rantau Teluk

Protes Bahrain kejutkan rantau Teluk
 

Bahrain, negara Arab di Teluk Parsi menduduki satu posisi yang unik berbanding negara Arab serantau lain.
Negara berpenduduk asal bawah 1 juta ini bersempadan dengan Arab Saudi – dan dihubungkan secara fizikal dengan sebuah tambak sepanjang 25 km – dan Iran, negara yang pada zaman empayarnya memiliki wilayah Teluk Parsi.
Negara pulau kecil ini juga menempatkan Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat, di posisi kritikal di antara dunia Arab dengan Parsi dan di satu laluan utama eksport minyak dunia.
Kedudukan geografi dan sejarah ini menjadikan Bahrain terdedah kepada permainan kuasa pemain serantau dan global, terutama AS, Arab Saudi dan Iran.
Majoriti penduduknya, melebihi 60 peratus ialah Muslim Syiah dan diperintah sejak 1783 oleh keluarga al-Khalifah berketurunan Arab, beraliran Sunni dan merupakan sebahagian daripada puak yang membebaskan Bahrain daripada kekuasaan Parsi.
Sejurus tercetus kebangkitan di Tunisia, raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa al-Khalifah ialah antara pemimpin dunia Arab yang memperlihatkan kebimbangan dan menunjukkan sokongan kepada pemimpin Mesir, Hosni Mubarak.
Raja Hamad dilaporkan mengajak Hosni mengadakan satu mesyuarat dunia Arab untuk membincangkan masa depan Asia Barat, untuk menangani sentimen antikerajaan yang tercetus dari Tunisia.
Beliau turut memperlihatkan keyakinan terhadap Hosni, mengatakan yang beliau yakin pemimpin itu dapat menguruskan Mesir dan memastikan kestabilannya yang penting kepada “kestabilan semua negara Arab.”
Perkembangan terbaharu melibatkan Bahrain kini menunjukkan apa yang dibimbangi Raja Hamad itu menjadi kenyataan.
Rakyat Bahrain berhimpun di ibu negara, Manama, memprotes dan menuntut perubahan di negara dikuasai sebuah keluarga itu.
Rantau Teluk Parsi, terdiri daripada negara kaya dan ahli Majlis Kerjasama Teluk, GCC, yang paling stabil di dunia Arab kini berdepan satu cabaran besar yang melibatkan kepentingan kuasa-kuasa serantau.
Bahrain telah mengalami protes daripada rakyatnya, yang terbaharu sejak tahun lalu menjelang pilihan raya tahun lepas.
Peningkatan pertembungan warga Syiah dengan pasukan keselamatan sejak pertengahan tahun lalu turut menyaksikan jumlah tangkapan yang terus meningkat.
Walau bagaimanapun, gelombang protes terbaharu ini dilihat sebagai berbeza dan berpotensi mencetuskan perubahan yang lebih besar.
Disebabkan intensiti protes kali ini yang telahpun menyebabkan kematian, kuasa-kuasa berkepentingan kini memerhati, malah turut melibatkan diri dalam perkembangan politik di Bahrain.
Majoriti Syiah di Bahrain mendakwa mereka dipinggirkan daripada arus utama negara dan pemerintah cuba mengambil langkah mengimbangi bilangan mereka.
Kerajaan didakwa mengambil warga asing Muslim Sunni dan diberikan kewarganegaraan segera untuk mengimbangi jumlah warga Syiah, antara tujuan utamanya untuk mengimbangi kuasa undi.
Kerajaan turut dilaporkan mengisi pasukan keselamatan dengan Muslim Sunni dari luar, termasuk Yaman, Jordan dan Pakistan.
Ini dapat menghalang sebarang sentimen atau simpati anggota keselamatan tersebut terhadap masyarakat Syiah, yang dikatakan diperhatikan dalam protes yang berlaku sejak minggu lalu.
Lebih membimbangkan bagi masyarakat Syiah ialah anggota keselamatan dari Baluchistan di Pakistan, satu pusat kumpulan anti-Syiah dan bekas pasukan keselamatan Baath dari Iraq yang diambil ekoran kejatuhan rejim Saddam Hussein.
Media turut melaporkan kereta kebal dan anggota tentera dari Arab Saudi dikerahkan ke Bahrain untuk membantu kerajaan menangani protes rakyat.
Saudi ialah negara paling berkepentingan untuk memastikan enam negara GCC kekal stabil dan tidak terkesan oleh gelombang protes di dunia Arab pada masa ini.
GCC yang dianggotai Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Oman, dan Qatar ialah sebuah blok perdagangan negara kaya rantau Arab yang turut disatukan oleh kepentingan politik.
Saudi, negara pemimpin GCC telah menunjukkan sokongan penuh kepada pemerintahan Raja Hamad dan keluarga al-Khalifa.
GCC dalam mesyuarat tergempar semalam telahpun menegaskan sokongan penuh kepada pemerintah Bahrain.
Satu yang dibimbangi ialah peningkatan pengaruh Iran melalui kumpulan Syiah di Bahrain, yang selepas pilihan raya parlimen terakhir memegang 18 daripada 40 kerusi keseluruhan.
Masyarakat Syiah telah dikaitkan dengan Iran, termasuk menjadi agen negara itu di Bahrain dan juga negara Arab Teluk Parsi yang lain.
Pada pertengahan 2008, lapan warga Bahrain ditahan di Arab Saudi atas dakwaan menjalankan perisikan untuk Iran, perkembangan yang mencetuskan kebimbangan negara serantau terhadap peningkatan aspirasi Iran.
Seorang penganalisis politik Saudi, Dakheel al-Dakheel dilapor berkata,”Negara Teluk tidak boleh menerima perubahan fundamental dan radikal di Bahrain.”
Menurutnya, perubahan itu, sekiranya berlaku akan “mewujudkan keadaan kekeliruan politik dan keselamatan di Bahrain yang boleh membuka pintu kepada campur tangan Iran dan pihak lain, yang tidak boleh diterima negara-negara Teluk, terutama Arab Saudi.”
Negara jiran, Qatar turut terkait dalam protes ini, apabila dilihat mempengaruhi al-Jazeera dalam bahasa Arab untuk memberi liputan yang tidak sepadan, tidak seperti laporan dan analisis yang disaksikan dalam protes Mesir dan Tunisia.
Perkembangan ini menjadikan Bahrain satu petunjuk potensi perubahan di rantau Arab Teluk, dan mendedahkan lagi dengan jelas kepentingan kuasa-kuasa serantau dalam kebangkitan di dunia Arab pada masa ini.
 

Khamis, 17 Februari 2011

Mubarak trauma lepas digulingkan

Mubarak trauma lepas digulingkan
  
Ramai orang ingin mengetahui nasib bekas diktator Mesir, Hosni Mubarak yang telah digulingkan baru-baru ini yang bermula dari laman sosial, facebook dan twitter.

Menurut berita-berita dari on-line di Eropah dan di Asia Barat sendiri bahawa Hosni Mubarak kini masih di Sham el-Sheikh, sebuah bandar peranginan di Laut Merah, Semenanjung Sinai. Keadaan kesihatannya sangat merosot dan kini dijaga rapi oleh para doktornya dengan kawalan ketat oleh tentera elite di kediamannya itu.

Diberitakan bahawa beliau masih trauma dengan peristiwa kejatuhannya di mana berjuta-juta orang berdemonstrasi di pelbagai tempat di Mesir. Dikatakan dalam keadaan sekarang bila-bila masa saja beliau boleh diterbangkan keluar negeri sama ada ke Israel, negara Arab atau ke Eropah untuk rawatan.

Tetapi nampaknya bukan ke Amerika kerana Amerika dikatakan ‘tidak mengalu-ngalukannya’. Namun, khabarnya, Mubarak mahu mati di tanah airnya sendiri.

Mubarak diterbangkan ke bandar peranginan itu bersama keluarganya setelah menyampaikan ucapan terakhirnya, di mana ia menyerahkan
kekuasaan eksekutif kepada mantan Wakil Presiden Omar Suleiman dan kini kuasa itu diambil alih oleh Majlis Tentera.

Belum pasti sama ada beliau akan menjalani rawatan di rumah sakit atau hanya dirawat di rumahnya di Sharm al-Sheikh itu.

Sumber menyatakan bahwa Mubarak telah pengsan dua kali sebelum merakamkan ucapan terakhirnya, yang disiarkan di seluruh negara.

Diberitakan, telah terjadi ketegangan di Istana Presiden sebelum Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya. Menurut sumber on-line lagi, sepatutnya Mubarak berundur beberapa hari sebelum itu. Tetapi baru kemudian dia meletakkan jawatan.

Orang yang paling bertanggungjawab terhadap penangguhan beberapa hari Mubarak dari berhenti itu ialah Gamal Mubarak, anak kedua Mubarak.

Tentera sebenarnya sudah menyiapkan ucapan perletakan jawatan Mubarak dan beliau tinggal membacakannya. Tetapi beberapa jam sebelum pengumuman itu disiarkan di TV pukul 11 malam Jumaat waktu Mesir, Gamal mengubah isi ucapan ayahandanya beberapa kali.

Di istana itu selain Mubarak dan Gamal, ada pula Omar Suleiman, Menteri Penerangan, Anas al-Fiqqi, beberapa pegawai tinggi dan Alaa Mubarak, abang Gamal.

Di Mesir Al Akhbar melaporkan, sebelum ‘mengubah’ isi ucapan ayahnya, Gamal terlebih dulu bertengkar dengan Alaa. Pertengkaran keduanya begitu keras sehingga hampir setiap orang di dalam istana mendengarnya. Beberapa pegawai tinggi bahkan ikut campur menenangkan keduanya.

Dalam bertengkaran itu, Alaa menyalahkan Gamal yang katanya telah mendorong negara ke dalam kancah rasuah dengan membantu rakan- rakan terdekatnya masuk ke pusaran kekuasaan.

"Kamu bukan membantu ayah supaya tetap dihormati hingga akhir hidupnya, tetapi kamu memusnahkannya,” kata Alla. Bagaimanapun akhirnya Mubarak menyampaikan ucapan perletakan jawatannya.

Campur tangan Gamal di saat-saat terakhir itu tidak diketahui oleh Rumah Putih, Amerika yang beberapa jam sebelumnya sangat yakin Mubarak akan meletakkan jawatan malam itu.

Pengarah CIA, Leon Panetta bahkan memastikan Mubarak akan berhenti segera. Presiden Barack Obama memberitahu mahasiswa di Michigan bahwa "kita akan menyaksikan sejarah baru di Mesir hari ini."

Tapi beberapa jam setelah itu Obama mendengar pernyataan yang simpang siur dari Kaherah.

Langkah Mubarak untuk meletakkan jawatan malam Jumaat itu telah menyebabkan Hussein Badrawi, Setiausaha Agung Partai Demokratik Nasional, partai yang memerintah, memutuskan berhenti segera.

Dialah orang pertama yang membocorkan berita Mubarak akan berhenti malam itu. Badrawi hairan kerana ia hanya tahu beberapa jam sebelum Mubarak telah memenuhi desakan tentera agar meletakkan jabatan. Menteri Penerangan juga turut berhenti.

Sementara itu, setelah beberapa waktu lalu Ikhwan Mesir menyatakan bahwa mereka tidak akan mendirikan atau menjadi partai politik, namun berita terbaru tidak begitu jadinya.

Ikhwanul Muslimin menyatakan pada hari Isnin lalu bahawa mereka akan membentuk kelompoknya sebagai partai politik setelah perlembagaan Mesir dipinda yang membolehkannya menjadi parti politik dan bertanding.

Dalam sebuah kenyataannya, Ikhwanul Muslimin menyatakan keyakinannya bahwa Dewan Tertinggi Angkatan Tentera Mesir akan menghormati semua janji-janjinya yang dinyatakan dalam lima pernyataannya minggu lalu.

Ikhwan meminta pihak tentera mengumumkan jadual untuk meminda perlembagaan dan mengadakan pilihan raya umum baru yang bebas, disusul oleh pemilihan presiden baru. Ikhwan juga menuntut supaya dibebaskan semua tahanan politik.

Ikhwanul Muslimin, diharamkan sejak tahun 1954 hingga zaman Hosni Mubarak. Ketika demonstrasi besar-besaran di Mesir baru-baru ini Ikhwan mengambil bahagian penting dan orang-orangnya menyediakan para doktor dan makanan serta pakaian untuk para penunjuk perasaan.

Rabu, 16 Februari 2011

Pengenalan Wahabi

Siapakah Pengasas Wahabi?
  • Adalah Muhammad bin Abdulwahab dikatakan asal keluar mazhab wahabi yang melawani akan ijmak ulama kita Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Dari puak Bani Tamim
  • Dilahirkan pada tahun 1111Hijrah
  • Wafatnya pada tahun 1206Hijrah(umur hidup 92 Tahun)
  • Bapanya Sheikh Abdulwahab ialah setengah daripada ulama yang soleh-soleh
  • Saudaranya Sheikh Sulaiman bin Abdulwahab ialah setengah daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah,sehingga Sheikh Sulaiman mengarang kitab "Assowai'ku Al-ilahiyah Firroddi A'la Alwahabiiyah" pada menolak pegangan Muhammad Abdulwahab.
  • Salah seorang penuntut-penuntut ilmu di Madinah Al-Munawarah,pergi mari antara Mekah dan Madinah.
  • Antara guru-gurunya ialah Sheikh Muhammad Bin Sulaiman Al-Kardi yang bermazhat Imam Syafi'e.Dan Sheikh Muhammad Hayatussanad yang bermazhat Imam Hanafi
  • Berkata guru-gurunya bahawa Muhammad Abdulwahab ini akan zalim,sesat dan menyesatkan masyarakat,maka jadilah akhirnya sebegitu sungguh tidak silap oleh cakapan guru-gurunya, sehingga melarat ke negara kita ini.
  • Dan tatkala nak menzahirkan perkara bidaah dan sesat,berpindah ia dari Madinah
  • Apabila ia melihat orang Islam ziarah kubur Nabi s.a.w dan kubur sahabat-sahabat nabi,lebih-lebih lagi berhadap kepada kubur nabi,tidak berhadap kiblat,dan juga ia(Muhammad Abdulwahab) mendengar orang berkata "Ya Rasulullah".Maka kesemuanya itu adalah syirik disisinya.
  • Adalah Muhammad Abdulwahab itu awal orang yang mengkufurkan umat Islam dari sanah 600 Tahun.
  • Maka menurut akan Muhamad Abdulwahab oleh manusia-manusia yang banyak,dan pernama Muhammad Abdulwahab akan puak luar yang menurut akan dia itu Muhajirin,dan anak-anak negerinya Ansor.
  • Dan perkara yang zahir daripada kelakuan Muhammad Abdulwahab itu bahawasanya mendakwa ia akan jadi Nabi
                                                                                                                            Sambung..............

Sabtu, 12 Februari 2011

Mesir,dari negara polis ke negara tentera?


  Mesir, dari negara polis ke negara tentera?
Pemimpin yang telah memimpin Mesir selama 30 tahun, Hosni Mubarak telah diturunkan daripada jawatannya sebagai presiden, selepas hampir tiga minggu protes rakyat.

Selepas Naib Presiden Omar Suleiman, Mohammed juga sangat terkait dengan rejim zalim Hosni, walaupun imej tentera positif di mata rakyat negara Mesir.
Malah, ada yang menyifatkan perubahan ini hakikatnya ialah satu rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Dua pemimpin yang ditonjolkan ekoran protes ini ialah mereka yang jelas sekali mempunyai bagasi yang besar melibatkan rejim Hosni.
Tidak seperti pihak polis, tentera mendapat penghormatan daripada rakyat negara itu, dan seperti disaksikan pada laporan media tentang protes di Medan Tahrir, tentera lebih bersikap lembut terhadap rakyat yang memprotes.
Hal ini telah meletakkan tentera Mesir sebagai pihak yang menyebelahi rakyat dan membantu menjatuhkan Hosni dalam revolusi ini.
Walau bagaimanapun, seperti yang terakam dalam sejarah, tentera Mesir ialah penerima ganjaran berbilion daripada Amerika Syarikat selama ini, dan menjadi pihak yang sangat berkepentingan dalam memastikan bantuan ini berterusan.
Sejak 1983, bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat untuk Mesir ialah sekitar AS$1.3 bilion setahun, satu jumlah yang sangat besar, yang secara logiknya mampu menyebabkan perubahan yang besar dan bermakna terhalang.
Bantuan ini kekal pada jumlah yang besar walaupun keseluruhan bantuan untuk Mesir merosot. Untuk 2011, jumlah yang telah diminta untuk tentera Mesir mencecah AS$1.5 bilion.
Kuasa yang memberi habuan ini turut berkepentingan dalam bantuan tersebut, kerana syarat program bantuan ini ialah semuanya perlu dibelanjakan untuk senjata dari AS.
Mohammed dan tentera Mesir walaupun dilihat sebagai pihak di sebelah rakyat, juga tidak bertindak dalam menyaksikan kekejaman rejim Hosni selama ini.
Elit politik dan tentera ialah sebahagian pusat kuasa yang menjadikan Mesir dalam keadaan yang ada hari ini.
Sudah tentu, harapan untuk melihat perubahan tetap wujud, dan tidak ada apa yang pasti dalam tempoh beberapa minggu dan bulan selepas ini.
Tetapi apa yang jelas ialah pihak yang kini berkuasa dalam tempoh peralihan ke arah demokrasi seperti diharapkan rakyat Mesir ialah yang bertanggungjawab membina Mesir di bawah diktator Hosni.
Simbol dan figura kuasa, Presiden Hosni Mubarak telah diturunkan daripada tampuk kekuasaan, tetapi struktur yang membenarkan individu ini berkuasa masih kukuh.
Pelantikan Omar sebagai naib presiden, tekanan oleh kuasa besar yang kelihatan tersekat-sekat dan berperingkat-peringkat dan berhati-hati memberi gambaran kepentingan kuasa besar terhadap Mesir.
Kepentingan tersebut kelihatan masih menjadi faktor utama yang membentuk respons kuasa terbabit dalam menangani perubahan di Mesir.
Selepas 18 hari protes secara berterusan, fasa terbaharu perlu dilalui rakyat Mesir dalam memastikan janji-janji revolusi ditunaikan.
Peraturan-peraturan yang mengekang proses demokrasi yang adil, seperti halangan calon presiden bebas dan tempoh presiden tanpa had perlu dilaksanakan dan pemisahan kuasa yang sebenar perlu terlaksana.
Perkembangan dalam tempoh beberapa minggu selepas ini – terutama melibatkan Omar Suleiman dan pihak tentera – akan memberi beberapa gambaran keadaan Mesir baharu.
  
Seluruh negara umat Islam di dunia dari jazerah Arab hinggalah ke kepulauan nusantara berada dalam suasana panik, bimbang dan ketakutan dengan kebangkitan revolusi rakyat di Mesir yang bermula pada 25 Januari dan kini memasuki minggu ketiga.

Ketakutan itu menjangkau lebih jauh melampaui sempadan negara umat Islam, apabila negara kuasa Amerika Syarikat (AS) dan barat yang menjadikan Mesir sebagai negara rakan strategik turut merasa bahang dari keadaan genting yang sedang bergolak di Mesir dan rantau Timur Tengah.

Revolusi rakyat Mesir yang diilhami dari kebangkitan rakyak Tunisia pada 14 Januari yang menyaksikan tumbangnya regim Ben Ali masih berterusan dan tidak tampak tanda-tanda ia akan berakhir segera. Selagi desakan rakyat supaya Presiden Hosni Mubarak mengakhiri cengkaman kuasanya tidak berlaku, selagi itu rakyat beriltizam meneruskan kebangkitan.*

Mubarak telah melantik Naib Presiden, Omar Sulaiman dan kabinet baru yang masih dianggotai oleh rakan dan sahabatnya dari Parti Nasional Demokrat (NDP) dan menjanjikan reformasi politik, ekonomi dan sosial, tetapi semuanya tidak dapat meredakan iltizam kebangkitan rakyat yang mahu melihat berakhirnya 30 tahun pemerintahan diktator Mubarak.

Omar Sulaiman mengadakan rundingan dengan pihak pembangkang, antaranya wakil pimpinan Ikhwan Muslimin, tetapi setakat ini tiada breakthrough yang dicapai, Mubarak terus berdegil tidak mahu berundur dan meletakkan jawatan dan dengan demikian rakyat terus beriltizam meningkatkan kebangkitan mereka.

Rundingan antara Omar Sulaiman dan kabinetnya dengan pihak Ikhwan dan pembangkang bagi menunjukkan konon wujud keterbukaan baru dipihak regim, tetapi para penunjuk perasaan sedikitpun tidak terpedaya dengan permainan politik regim yang sengaja melengah-lengahkan masa untuk melemahkan iltizam kebangkitan rakyat.

Rakyat tidak sedikitpun lemah semangat, bahkan semangat mereka terus membara untuk melihat Mubarak membuat exitnya seperti Ben Ali. Penyertaan rakyat makin meningkat. Ramai yang baru menyertai kebangkitan di Dataran Tahrir, di Iskandariah, di Suez dan dilain-lain tempat buat pertama kalinya. Ia tidak sedikit pun mengurangkan penyertaan rakyat yang kini berhimpun pula di depan bangunan parlimen. Akhirnya kebangkitan rakyat ini akan berada didepan istana presiden Mubarak.

Lagi lama Mubarak cuba mempertahankan status quo, bantahan dan kebangkitan rakyat akan lebih menyeluruh. Sudah beberapa kali kebangkitan rakyat telah dapat mengumpulkan berjuta rakyat pada hari jumaat selepas solat jumaat.

Sebenarnya dari kebangkitan ini akan muncul pimpinan generasi baru Mesir yang bakal menggantikan pimpjnan zalim, rasuah, menindas selama 30 tahun diera Mubarak dan sebelumnya dibawah Gamal Nasser dan Anwar Sadat yang mati ditembak oleh saorang tentera yang berani, kerana menentang dasar berbaik Anwar Sadat dengan regim zionis yahudi melalui perjanjian damai yang dibroker oleh Amerika Syarikat (AS) dan barat.

Pimpinan baru Mesir akan muncul dari Dataran Tahrir dan himpunan demonstrasi di merata tempat diMesir kerana dari kalangan rakyat ini terdapat para intelektulal, ahli akadamik, anak-anak muda dari pelbagai profession yang menggerkkan momentum demonstrasi sehingga kesaat ini. Jangkaan regim bahawa demonstrasi rakyat ini akan kehilangan stamina dan dengan itu cuba membeli masa ternyata meleset.

Percubaan AS dan barat menunjulkan Muhammad ElBaradei, bekas ketua IAEA PBB yang membuat pemeriksaan terhadap projek nuklier Iran; Amr Musa, Setiausaha Agong Liga Arab dan Omar Sulaiman yang dilantik Mubarak sebagai orang-orang yang boleh mengganti Mubarak tidak mungkin dapat diterima oleh para penunjuk perasaan diDataran Tahrir dan diseluruh Mesir.

Semua tokoh-tokoh ini ditunjulkan bagi menjamin kesenimbungan pimpinan Mubarak. Mereka ini semuanya orang-orang kepercayaan AS dan barat. Tidak ada tokoh Ikhwan pun yang cuba ditunjulkan, tetapi mahu tidak mahu tokoh Ikhwan akan muncul bersama tokoh-tokoh dari Dataran Tahrir untuk memimpin Mesir baru.

Ikhwan yang diharamkan dalam pemerintahan darurat Mubarak dan sebelumnya di zaman Nasser dan Sadat telah diajak berunding dalam percubaan regim untuk meninjau pemikiran Ikhwan dan dengan demikian akan cuba membendung pengaruh Ikhwan yang memang selamanya menjadi tenaga politik yang berpengaruh samaada diharamkan ataupun tidak.

Ikhwan memahami agenda regim dan tidak menonjol diri untuk berbuat sesuatu merebut peluang kerana Ikhwan lebih mengharapkan dengan berlakunya reformasi politik, Ikhwan akan menyertai pilihanraya dan menjadi sebahagian dari tenaga politik baru Mesir.

Walaupun rakyat yang menyertai demonstrasi terdiri dari pelbagai latarbelakang tetapi fakta yang jelas menunjukkan bahawa penyertaan rakyat menjadi semakin besar selepas solat jumaat memberi petanda bahawa penggerak utama kebangkitan revolusi rakyat ini adalah kalangan mereka yang sedar akan kezliman dan penindasan regim Mubarak. Dataran Tahrir tidak setakat menjadi medan demonstrasi tetapi menjadi saksi kepada solat berjemaah yang didirikan setiap waktu disitu.

Kebangkitan revolusi rakyat ini menguji kesabaran rakyat disatu pihak dan pihak tentera disatu pihak lain. Selama mana kesabaran ini dapat dikekalkan bergantung kepada langkah-langkah seterusnya pihak tentera yang telah memberi jaminan tidak akan mengapa-apakan kebangkitan rakyat yang berdemonstrasi secara aman.

Dalam pertemuan dengan pihak pembangkang , desakan supaya Mubarak berundur, parlimen dibubarkan dan darurat ditarik balik setakat ini tidak mendapat kenyataan respon dari regim. Tetapi regim tiada pilihan lain, Mesir perlu berubah dan tidak mampu lagi bertahan seperti sebelumnya.

Revolusi rakyat Mesir ini telah memakan korban dan rakyat tidak akan berundur kebelakang lagi tetapi akan terus maju untuk buat pertama kalinya menjulang kemenangan untuk membuat perubahan tanpa membenar Mesir menjadi buah catur mengikut agenda AS dan barat yang mahu menyelamatkan regim haram zionis yahudi.

Kebangkitan revolusi rakyat Tunisia, Mesir akan membawa angin perubahan keseluruh pelusuk Jazerah Arab termasuk Saudi Arabia dan negara-negara rantau teluk yang lain. Angin perubahan yang bertiup kencang itu tidak akan terhenti dirantau Timur Tengah, ia akan bertiup jauh kenegara-negara umat Islam yang lain termasuk di kepulauan nusantara ini.

Umat Islam telah menyaksikan betapa negara mereka menjadi umpan negara kuasa selama ini selepas negara masing-masing mendapat kemerdekaan dan kini tibalah masnya memberi erti kepada kebebasan mengikut acuan, identiti, jatidiri rakyat yang sebenarnya, dengan membataskan diri dari sebarang pengaruh negara kuasa.

Kebangkitan di Mesir, Tunisia adalah permulaan kepada kebangkitan yang lebih menyeluruh yang bakal ditempuhi negara umat Islam, kerana itulah negara kuasa AS dan barat cuba menyelamatkan regim Mubarak kerana khutir dan bimbang, kejatuhan Mubarak akan menyebabkan satu demi satu regim Timur Tengah yang ciri-ciri pemerintahannya hampir sama, menindas, zalim, rasuah, mengumpul kekayaan hanya untuk elite pemerintah, menyekat kebebasan bersuara dan lain-lain akan mengikuti jejak Mesir dan Tunisia.

Beberapa buah negara seperti Jordan, Algeria, Yaman, Sudan yang berpecah dua dan lain-lain sedang bergerak untuk memulakan reformasi, memberi suara kepada pembangkang, tetapi ia mungkin telah terlambat kerana rakyat negara- negara ini sedang memulakan kebangkitan mereka masing-masing.

Kebangkitan revolusi di negara-negara umat Islam sedang berlangsung melalui dua pendekatan. Satu melalui kebangkitan rakyat untuk dilakukan reformasi mengembalikan hak berpolitik mereka dengan mengadakan pilihanraya adil dan membenarkan rakyat memilih kerajaan mengikut kehendak mereka dan satu lagi melalui perjungan bersenjata seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Somalia dan lain- lain bumi umat Islam yang sedang bergolak.

Dengan kebangkitan revolusi yang akan menukar regim totalitarian kepada regim pilihan rakyat diseluruh negara umat Islam maka akan berlakulah kesatuan iltizam yang mampu nanti membebaskan bumi Palestin dari cengkaman regim zionis. Palestin yang satu bukan dua, yang kembali kepangkuan rakyat yang menjadi pemiliknya, rakyat Palestin yang diusir keluar dari bumi hak mereka.

* Tulisan ini dibuat menjelang perletakan jawatan Mubarak.

Akhirnya Husni Mubarak Letak Jawatan

Alhamdulillah,akhirnya Mubarak letak juga jawatan presiden Mesir,kami Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT)KEDAH,mengucapkan taniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksakan Presidan Husni Mubarak melepaskan jawatan.Dan kami doa kan semoga dibumi Mesir diperintah oleh ulama yang btul bertakwa kepada Allah .Kami mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.Dan kami berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim.
Namun pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.
Yang kami mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.
“Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,”
Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.
Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.
Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
 

Khamis, 10 Februari 2011

Maulud Nabi Muhammad

Cinta Kepada Rasulullah Membawa Bahagian

Doakan keselamatan rakyat Mesir esok

Doakan keselamatan rakyat Mesir esok
  
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini khususnya beragama Islam mengadakan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan rakyat Mesir yang akan berarak menuju ke Istana Presiden, Hosni Mubarak di Abdeen, Cairo esok.

Exco Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, esok merupakan kemuncak bantahan rakyat Mesir yang mahu Mubarak berundur dan dijangkakan akan berlaku pertembungan besar antara rakyat dan tentera regim.

"Dijangka esok akan berlaku pertembungan antara regim Mubarak yang akan mempertahan kedudukan mereka habis habisan dengan kemarahan rakyat yang berada di kemuncaknya selepas masuk minggu ke 3 desakan mereka tidak dihiraukan.

"Saya merayu umat Islam, gerakan Islam dan NGO untuk solat hajat dan mendoakan kemenangan rakyat Mesir untuk menumbangkan Mubarak," katanya selepas menyampaikan kuliah bulanan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) di pejabat Harakah di sini tengahari tadi.

Dalam kuliahnya berkaitan revolusi rakyat Mesir sebelum itu, beliau berkata perjuangan untuk menumbangkan regim Mubarak bermaksud membantu umat Islam Palestin dan rakyat Timur Tengah yang ditindas sejak bertahun lamanya oleh regim yang dibelakangi Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, lebih sejuta rakyat Mesir dijangka akan mengadakan perarakan raksasa menuju ke Istana Mubarak esok bagi mendesak presiden Mesir itu berundur tanpa syarat.

Difahamkan perarakan esok akan dipimpin Persatuan Peguam-peguam Mesir yang kini sedang merancang persiapan berdepan sebarang keadaan esok.

Bagi rakyat Mesir, hari Jumaat adalah hari minggu dan hari berkumpul bukan sahaja kerana ada solat Jumaat namun juga esok disifatkan mereka sebagai hari penentu masa depan mereka.

Pada Jumaat lalu, himpunan rakyat Mesir juga telah mencetuskan rasa gusar Mubarak sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan menawarkan untuk tidak bertanding lagi pada pilihan raya Presiden September depan.

Tawaran itu bagaimanapun ditolak rakyat negara teluk itu yang mahu Mubarak berundur serta merta dan tidak mahu lagi bermain dengan janji politik presiden Mesir itu.

Dilaporkan sejumlah 300 orang rakyat Mesir telah meninggal dunia sejak bantahan aman bermula Jumaat, 28 Januari lalu.

Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu

Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu

Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu :: As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M – 1866M ::
Nasab dan keturunan
Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.
Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.
Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh tiba ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu mencecah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk bersaorangan diri. [5]
Karamah
Di sini, saya ingin bekongsi bersama pembaca mengenai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada beliau. Banyak Karamah yang dibuktikan oleh mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Tetapi, tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang sentiasa dirinya hampir dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar. Antara kurniaan Karamah yang diberikan Allah swt adalah seperti berikut;
1. Menghadiri Sidang Wali-wali. [6]
Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:
Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya.
Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.
“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.
“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.
“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”
Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.
“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”
Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. [Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya].
“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.
Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.
2. Menunduk Gabenor Yang Angkuh. [7]
As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :
As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.
Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”
Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”
“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.
Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.
Bagaimanapun, pada satu ketika gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.
3. Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam. [8]
Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”
Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.
Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah divsebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.
4. Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat.
Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu. [9]
Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan. Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau. Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Bila dia pulang, dia terkejut bila melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut.
Habib Nuh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Nuh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.” Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”
Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan. [10]
5. Bertemu Di Kota Mekah. [11]
Beliau dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk ghaib, dan dilihat kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah.
6. Tabib Yang Berkat Dan Hebat. [12]
Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh, tapi Habib Nuh memberikan wang itu kepada yang memerlukan.
Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak. Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah.
7. Air Bertukar Menjadi Susu. [13]
Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa,menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.
8. Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban[14]
Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.
9. Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak[15]
Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak . Sering orang bertemu Habib Nuh bersama dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran.
Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.
Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.
10. Tebuan Menghormati Jenazah Beliau[16]
Diceritakan ketika keranda jenazah beliau diusung untuk ke makam pusaranya, mereka yang mengusungnya terpaksa membawa keranda tersebut melalui ke satu lorong kecil. Di mana kiri dan kanan sepanjang perjalanan di lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta dedaunnya yang panjang. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.
11. Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran.
Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua, bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom pun singgah di pusara Habib Nuh. Dan bila kerajaan Singapura mahu membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan
Makam Habib Nuh. [17]
Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Dengan membelakangkan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan pemugaran. Dengan kuasa Allah swt, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid. [18]
Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah (perkara di luar adat) yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang wali Allah yang soleh taat kepada ajaran Islam. Lihat, bukan sahaja jelas karamahnya sewaktu hayat beliau masih hidup, bahkan setelah kewafatan beliau juga masih terpelihara kemuliaanya. Apa yang diharapkan adalah agar kita dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan usaha junjungan nabi Muhammad s.a.w. Mahabbah kepada para solihin adalah dituntut dan seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya di akhirat kelak.
Nasihat dan Wasiat
Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya. Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaan
negatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”
Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer sebuah (bukit kecil di jalan Palmer), yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliau
meninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesanan itu dan mereka semua bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah. Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.
Nasib baik, seorang daripada yang hadir akhirnya teringat akan pesan Habib Nuh tersebut dan lantas tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir.
Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut, lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah swt, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer. [19]
Kewafatan
Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya. Pada hari yang sama, semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian mereka kerana ingin membawa pengunjung ke makamnya dengan tanpa bayaran. [20]
Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867.
Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.
Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga.
Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh, kini ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam.
Makam beliau tetap terpelihara sehingga ke hari ini dan menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w. supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut). [21]
Semoga Allah merahmati roh beliau.
~Al-Fatihah~

Fatwa Larangan Sambut Hari Kekasih (Valentine`s Day)

Fatwa larangan sambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)

Terkejut juga apabila mendapati masih ada pihak yang mempromosikan Hari Kekasih @ Valentine’s Day. Bukankah telah ada fatwa yang mengharamkan sambutan hari Valentine ini? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Bukti-bukti Hari Valentine masih merupakan upacara ritual keagamaan umat Kristian iaitu :
i. Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
ii. Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
iii. Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.
iv. Nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut, seumpama:-
a. St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania
b. St. Valentine’s Catholic Church di Peru, Illinois
c. St. Valentine Church di Bethel Park, Pennsylvania
d. St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich
e. St. Valentine Church di Buffalo, New York
Adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan.
Apabila perayaan itu berunsurkan keagamaan, bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka. Maka para ulama berpendapat, bahawa umat Islam tidak boleh bergabung dalam dalam perayaan orang-orang kafir.
Senario menyambut Hari Kekasih yang berlaku di kalangan muda-mudi Islam juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pergaulan bebas. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi dibimbangi muda-mudi ini sampai ke tahap menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.

Selasa, 8 Februari 2011

Al-Baradi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir

 
Al-Baradi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir

AHMED Al-Barradi, bekas Pengerusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa PBB pulang ke Mesir sebaik saja tercetus demonstrasi umum rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mumarak.
Dia pulang untuk menyertai tunjuk perasaan bersama rakyat bagi menggulingkan diktator 30 tahun Mubarak dan sekali gus untuk memimpin Mesir selepas itu.
Albarradi adalah diplomat  terkemuka, satu-satunya orang Mesir yang dikenali di dunia selepas Mubarak. Kepulangannya itu menjadikan penentangan kepada regim Mubarak tambah bertenaga.
Kebangkitan rakyat itu sudah dikira satu revolusi oleh masyarakat dunia, tercetus tanpa pemimpin, tidak didorong oleh mana-mana parti politik, tetapi oleh kesedaran rakyat umum yang mendapat semangat dari kejayaan rakyat Tunisia mengenyahkan presidennya.
Kepulangan Albarradi menjadikannya pemimpin kepada kebangkitan rakyat itu. Masyarakat dunia yang ingin melihat Mesir berubah memang mengharapkan untuk memimpin rakyat. Bahkan dia telah merancang untuk balik menentang Hosni Mubarak dalam pilihan raya Presiden nanti.
Amerika dan barat memang mencari orang bagi menggantikan Mubarak baik dia digulingkan atau mati mengejut. Tidak ada yang terkenal selain dari Albarradi tetapi tidak dapat dipastikan dia dapat jadi seperti Mubarak yang menjadi hamba kepada Amerika dan Israel.
Albarradi memang sudah berpolitik. Kalaupun dia tidak jadi budak suruhan Washington, tetapi dia lebih baik dari Mesir jatuh ke tangan penyokong Ikhwanul Muslimun, parti pembangkang yang sangat berpengaruh di kalangan akar umbi Mesir.
Justeru itu namanya sudah ditonjolkan sebagai pencabar utama Mubarak. Kepulangannya dikehendaki oleh banyak pihak. Jika Mubarak tidak dapat dipertahankan, harapan semua adalah kepadanya. Dia saja yang boleh menyaingi pengaruh Ikhwanul Muslimun.
Sebaik dia pulang Ikhwanul Muslimun menggesa di tengah kebangkitan rakyat itu agar semua pembangkang bersatu bagi menghadapi sisa-sisa kekuatan Mubarak bagi membina Mesir baru. Ikhwan nampak risiko jika ia tampil  sebagai pencabar utama Mubarak. Pengalaman FIS, pimpinan Abbasi Madani yang memenangi pilihan raya Algeria hampir 20 tahun lalu akan berulang di Mesir jika Ikhwan di depan. Ia akan dikhianati oleh barat dengan memperalatkan talibarat oporcunis sekular Mesir bagi mematahkan kemenangannya.
Ikhwan lalu mengambil strategi menjadikan Albarradi sebagai pemimpin revolusi bagi menggantikan regim Mubarak sekarang. Dia minta Hosni berundur sekarang juga, memberi peluang kepadanya menjadi pemimpin sementara, bekerjasama dengan tentera  bagi memulihkan ketenteraman awam dan membuat persiapan mengadakan pilihan raya Parlimen dan pemilihan Presiden baru.
Penentang regim Mubarak sudah ada tokoh bagi menjadi pemimpin yang dipercayai mendapat sokongan rakyat, tetapi Mubarak belum ada tokoh yang boleh menjadi penggantinya. Sekalipun Mubarak sudah melantik Naib Presiden, yang pertama sejak jadi Presiden 30 tahun dulu, Umar Sulaiman seorang ketua agensi perisik Mesir, tetapi dia belum ada hubungan dengan masyarakat umum.
Ketua perisik sekalipun terkenal di kalangan pembesar rantau itu, tetapi Mesir yang sejak tahun 1951 dipimpin oleh tentera memerlukan pimpinan dari kalangan  awam dan jarang ada negara di dunia mengambil ketua perisik bagi menjadi pemimpin negara kecuali dalam keadaan darurat.
Albarradi adalah tokoh awam yang boleh diketengahkan. Dunia demokrasi umumnya wajar dipimpin oleh orang awam, bukan tentera dan pegawai perisik. Yang mengganggu barat untuk menerima Albarradi sekarang, bukan tentang keupayaannya untuk menjadi pemimpin awam yang baik, tetapi yang mengangkatnya menjadi ketua ialah Ikhwanul Muslimun.
Amerika berjaya menghalang pengaruh Ikhwan menguasai Mesar sejak tahun 1951, dan bimbang pengaruhnya berperanan di bawah pimpinan Albarradi kerana di belakang Albarradi sekarang ada Ikhwan.
Amerika juga menjuarai penentangan terhadap komunis. Ia berjaya  meruntuhkan empayar komunis dan melumpuhkan pengaruh komunis di mana-mana. Ia membantu tentera Arab memerangi pengaruh Ikhwanul Muslimin di benua Arab tetapi ia tidak dapat mematikan pengaruh Islam itu  di Mesir.
Sejak zaman Gamal Abdul Nasser dan era Anwar Sadat serta disambung oleh regim Mubarak selama enam puluh  tahun terus menerus memerangi Ikhwanul Muslimin dengan segala macam kezaliman tetapi ia terus subur di tengah rakyat Mesir.
Bagi menangani saki baki pengaruh regim Mubarak Albarradi memerlukan kerjasama dan sokongan Ikhwan yang diasaskan oleh Almarhum Imam Hassan al-Banna.

Revolusi Mesir

 
Revolusi Mesir: Di mana kedudukan Ikhwan Muslimin?
 
Kebangkitan rakyat Tunisia sehingga dapat menggulingkan diktator Zine El Abidin Ben Ali dalam waktu begitu singkat kini menjalar ke Mesir, dan berpotensi cerah meranapkan banyak lagi pemerintahan kuku besi di rantau Arab. Siapa pun tidak dapat menduga, anak-anak muda yang membesar dalam ledakan dunia maklumat tanpa sempadan, yang sentiasa dikongkong dan dikurung oleh budaya takut, berjaya menghalau Ben Ali dan keluarga.

Di Timur Tengah, hampir semua kerajaan yang memerintah tidak dipilih rakyat melalui sistem demokrasi. Sama ada ia sebuah republik atau sistem monarki, memihak Barat atau memusuhinya, mengadakan hubungan dengan Israel atau tidak, namun rakyatnya sentiasa ditindas dan dinafikan hak. Elit penguasa membolot dan menimbun kekayaan untuk diri, keluarga  dan kroni. Negara kaya tetapi majoriti penduduknya merempat. Pengangguran, kemiskinan dan rasuah bermaharajalela. Manakala maruah umat tergadai dengan pergantungan kepada kuasa-kuasa luar.

Tumpuan kini tertumpu ke Mesir. Regim zalim Hosni Mubarak, yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat dan zionis Israel hanya menunggu masa untuk runtuh. Diberitakan keluarga presiden  yang memerintah selama 30 tahun itu sudahpun melarikan diri ke luar negara. Hosni tidak berupaya lagi membendung amarah rakyat, yang terus melancarkan protes tanpa henti biarpun berdepan risiko tinggi. Medan Tahrir menjadi saksi pertumpahan darah tidak dapat dielakkan, apatah lagi rakyat berdepan dengan dalang keganasan yang dicetuskan Parti Nasionalis Demokratik pimpinan Hosni.

Keaiban detik-detik akhir kehidupan presiden sebelumnya, Anwar Sadat yang dibunuh di hadapan publik dan disiar secara langsung televisyen, mungkin berulang kepada Hosni. Anwar ditembak mati seorang anggota tentera, Leftenan Khalid Islambouli ketika beliau berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan ketenteraan pada 6 Oktober 1981. Ia berpunca daripada kemarahan rakyat terhadap perjanjian Mesir dengan Israel, dalam Perjanjian Kem David, selain penentangan terhadap amalan rasuah dan kenaikan harga barangan.

Apabila rasa gentar dan takut sudah hilang daripada sanubari rakyat tertindas, tiada apa lagi yang mampu menghalang tercetusnya revolusi dan pemberontakan. Regim yang diperkasakan oleh pasukan keselamatan, khususnya polis rahsia yang dulunya digeruni kini terpaksa melutut dengan suara keramat rakyat. Pukulan belantan, perintah darurat, arahan berkurung, tembakan gas pemedih mata, peluru getah hatta ratusan kes pembunuhan oleh agen pemerintah; semuanya dianggap enteng apabila kepompong budaya takut pecah berkecai.

Malah balai polis diserbu penunjuk perasaan dan mereka bertindak nekad membakarnya. Satu simbol nyata bahawa ketakutan yang membungkus gerak kehidupan rakyat selama ini telah turut terbakar. Rasa hormat dan maruah diri yang dipijak-pijak sejak sekian lama mula bangkit mengisi roh generasi baru rakyat Mesir. Mereka kini sedang berusaha mencipta sejarah, bukan hanya untuk membebaskan negara yang "terjajah" sekian lama, juga bagi membawa obor semangat buat negara-negara jiran dan ummah seluruhnya.

Sejarah pembebasan negara-negara Arab, termasuk Mesir dan Tunisia, daripada belenggu penjajahan, memang luar biasa. Pengaruh Mesir terhadap orang-orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Akhbar-akhbar Melayu, seperti al-Ikhwan, Saudara, al-Imam, Idaran Zaman dan Suara Melayu sejak awal abad 20 telah melaporkan pergolakan politik dan gerakan kebangsaan rakyat Mesir. Nama-nama pejuang dan pemikir Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Muhammad Abduh (1849-1905) dan Rashid Ridha (1865-1935) tidak asing lagi kepada orang Melayu, yang seterusnya menimbulkan polemik Kaum Muda di Tanah Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu; Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, gerakan Pan-Islamisme yang dipelopori Jamaluddin Al-Afghani telah mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir. Ketika di Mesir, Afghani berjaya mempengaruhi generasi muda dan ramai pengikutnya muncul memainkan perana penting dalam perkembangan sejarah Mesir moden. Gagasan ideanya -- yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran sebenarnya -- lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pergerakan nasionalisme Arab atau Mesir.

Selain itu, dua institusi besar Mesir  yang juga cukup dekat-akrab dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah Universiti Al-Azhar dan gerakan Islam, Ikhwan Muslimin. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merumuskan: "Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya' yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia."

"Sayangnya," tambah Ustaz Nik Aziz, "Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran."

Isu Palestin juga begitu dekat dengan umat Islam sedunia dan rakyat negara ini. Di kala zionis Yahudi bertindak zalim sewenang-wenangnya, dibantu pula oleh Amerika Syarikat, maka peranan negara-negara jiran, sekurang-kurangnya untuk tidak sama-sama menekan amat diharapkan. Mesir pula pernah menunjukkan komitmen dan kekuatannya untuk berperang dengan Israel.

Malangnya Mesir mengkhianati amanah dan harapan ummah. Ia turut melakukan pengepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin. Talian hayat rakyat Palestin dipotong. Bantuan dunia luar tersekat. Mesir memang terbukti menjadi sekutu rapat dan talibarut Israel memerangi kumpulan Islam di Gaza. Benarlah rumusan Ustaz Nik Aziz:
"Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya."

Secara peribadi, saya lebih terasa intim dengan Ikhwan Muslimin (ditubuhkan pada 1927, di Isma'iliyyah, Mesir), yang dianggap guru buat semua gerakan Islam moden. Saya kira hampir semua aktivis dakwah di negara ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak langsung,  dipengaruhi Ikhwan. Malah kebangkitan harakah Islamiyah di negara-negara lain, seperti Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, Parti Refah di Turki, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia juga mendapat inspirasi daripada Ikhwan, yang kemudiannya diikuti Hamas di Palestin dan banyak lagi gerakan Islam di seluruh dunia.

Pengasasnya, Assyahid Hassan Al-Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949) dibunuh regim Mesir melalui satu tipu helah jemputan perundingan dengan kerajaan. Imam yang agung itu terkena tujuh tembakan tetapi masih mampu berjalan memanggil ambulan. Bagaimanapun pihak tentera tidak membenarkan doktor merawatnya, sehinggalah Al-Bana sengaja dibiarkan mati dengan tumpahan darah yang banyak.

Tiada sesiapa dibenarkan menguruskan jenazahnya. Hanya ayahnya, Syeikh Ahmad Abdul Rahman, berusia lebih 90 tahun memandi dan mengafankan jenazah Al-Banna. Syeikh Ahmad bersama tiga anak perempuannya mengusung jenazah ke masjid dengan kawalan ketat tentera. Pengikut dan anak murid Al-Banna kemudiannya diburu bagaikan pengganas. Al-Banna bukan sahaja meninggalkan puluhan karya ulung untuk umat, tetapi lebih penting menunjukkan teladan unggul mengatur organisasi secara tersusun bagi melaksanakan perjuangan Islam di medan.

Kisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam. Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi.

Memang ada pihak yang  sangsi, apakah Ikhwan yang sering diperalatkan pemerintah akan "dipergunakan" sekali lagi apabila Mesir berdepan krisis besar? Apatah lagi Mesir merupakan negara paling strategik di Timur Tengah, malah bagi Napolean Bonaparte, ia negara terpenting di dunia. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan Mubarak. Walhal Nasser dan Sadat merupakan orang yang pernah rapat dengan Ikhwan.

Mohamad Fauzi Zakaria dalam, Aqidah Yang Menggoncang Dunia, yang merupakan kajian di peringkat sarjana terhadap pengaruh pemikiran Syed Qutb, menjelaskan Ikhwan terbabit secara aktif dalam Revolusi Julai 1952 menumbangkan tirani monarki, Raja Farouk. Malahan Syed Qutb ditawarkan beberapa kedudukan penting dalam kerajaan revolusi termasuk Menteri Pelajaran, memandangkan pengalamannya yang luas di bidang pendidikan. Namun beliau menolaknya.

Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya." Dengan spontan, Jamal Abdul Nasser yang turut berada dalam majlis sama mencelah: "Saudaraku Syed, demi Allah, tidakkan sampai kebimbangan itu padamu melainkan langkahnya mayat kami. Kami berjanji padamu dengan nama Allah bahawa kamilah tebusan kepada dirimu sehingga maut!"

Realitinya, apa yang dibimbangi Syed Qutb itu terbukti benar. Atas konspirasi terancang, melalui fitnah terhadap gerakan itu, Ikhwan diharamkan pada 13 Januari 1954, pimpinan dan ribuan anggotanya ditangkap. Kenyataan rasmi regim Nasser, dua hari selepas itu: "Pengumuman penting Majlis Pimpinan Revolusi tentang Ikhwan Muslimin, hubungan mereka dengan Inggeris dan mengadakan pertubuhan sulit di dalam pasukan polis dan tentera dalam usaha menggulingkan kerajaan dengan berselindung di sebalik pergerakan agama." Syed Qutb akhirnya terkorban syahid di tali gantung pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, selepas dua kali dipenjarakan.

Saya yakin, suasana kini sudah banyak berubah. Generasi Ikhwan yang terlatih, berakhlak dan berdisiplin, serta kaya dengan pengalaman -- dibantu arus globalisasi dan dasar langit terbuka yang mempercepatkan proses pendemokrasian dan boleh menyulitkan berulangnya konspirasi jahat terhadap Ikhwan -- pasti bersedia menyumbang khidmat menyelamatkan Mesir secara lebih berkesan. Buat masa ini mereka lebih bersedia menonjolkan Mohamed El-Baradei, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2005, ke hadapan. "Kemahuan kami adalah kehendak rakyat," kata salah seorang pemimpin Ikhwan di Kaherah.

Insya-Allah, Ikhwan tidak dapat ditipu lagi, manakala pemimpinnya lebih berhati-hati dan bijaksana membaca realiti bagi mengatur rentak. Imej ekstrimis, militan dan teroris, walaupun masih cuba dipalit ke wajah Ikhwan,  namun agak sukar mempengaruhi majoriti rakyat yang sudah bersatu hati menghambat Hosni. Dalam masa sama, dipercayai regim Hosni cuba "bertarik tali" dan berlengah-lengah untuk meletakkan jawatan, bagi mempastikan pembaharuan Mesir tidak diterajui Ikhwan. Pemerintahan Amerika Syarikat yang menyokong transisi politik di Mesir turut meminta Hosni bertahan, bagi memastikan proses pembaharuan berjalan secara lancar dan aman.

Sekiranya pilihan raya adil dan bebas diadakan di Mesir, seperti pernah berlaku di Algeria dan Lubnan, juga seumpama di Turki, Ikhwan seperti gerakan Islam lainnya, akan mendapat sokongan ramai. Cuma, kepentingan Amerika dan Israel (terbukti Ikhwan bersedia bangun menentang Israel termasuk memikul senjata di medan perang) di Mesir jauh lebih besar berbanding Tunisia yang dibiarkan jatuh. Justeru, strategi dan pendekatan terbaik amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini, agar segala ruang sabotaj ditutup serapat mungkin.